KUALA LUMPUR: Seramai 6,036 pegawai perubatan dan 890 pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) telah meletak jawatan dari tahun 2018 hingga 2022.
Timbalan Menteri Kesihatan Senator Lukanisman Awang Sauni berkata dalam tempoh sama juga seramai 1,651 pegawai farmasi KKM telah meletakkan jawatan.
Beliau berkata antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, menerima tawaran menjadi pensyarah institusi pengajian awam dan swasta, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara serta membuka klinik atau farmasi sendiri.
"KKM turut ambil maklum isu berbangkit peletakan jawatan ini disebabkan suasana atau persekitaran kerja di kementerian.
"Saya lihat isu ini adalah universal, kita tidak dapat halang mereka berhijrah untuk pendapatan yang lebih baik dan persekitaran kerja yang lebih kondusif," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Ir Md Nasir Hashim yang mahu kementerian menyatakan apakah punca doktor dan ahli farmasi mengambil keputusan berhenti daripada perkhidmatan di hospital kerajaan dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Lukanisman pada masa sama mengakui terdapat juga pegawai yang menyatakan alasan peletakan jawatan mereka kerana merasakan diri dibuli ketika bertugas selain tekanan tugas yang berat sehingga merasakan KKM tidak mampu menjaga kebajikan pekerja.
"Bagaimanapun untuk kes-kes seperti ini, kita sedia membantu mereka dan beri peluang untuk bertugas.
"KKM juga sedang mencari solusi berkaitan insiden buli sehingga membawa kepada peletakan jawatan.
"Bbuat masa ini kita sudah ada sistem iaitu pegawai boleh memanjangkan aduan mereka sekiranya terdapat masalah atau isu dalam fasiliti KKM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Terdapat juga pegawai yang menyatakan alasan peletakan jawatan mereka kerana merasakan diri dibuli ketika bertugas. -Gambar hiasan
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
JKNT wujud klinik kesihatan lelaki di setiap daerah
JKNT mengambil inisiatif mewujudkan satu klinik di setiap daerah untuk perkhidmatan kesihatan lelaki termasuk saringan dan rawatan awal bagi masalah reproduktif seperti mati pucuk.
474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap lapor diri di Sabah
Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baharu dilantik ke jawatan tetap telah melaporkan diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
KKM terima 1,843 rayuan ekoran urusan penempatan lantikan tetap
Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan telah bersidang sebanyak dua kali bagi mempertimbangkan rayuan pegawai.
Pertukaran 332 pegawai perubatan dilulus - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan rayuan permohonan penempatan 332 pegawai perubatan di seluruh negara dan perlu melapor diri pada 31 Julai ini.
4,907 pegawai setuju lantikan tetap, tujuh tolak - Dr Zaliha
4,907 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi daripada 4,914 pegawai lantikan kontrak yang ditawarkan lantikan tetap telah bersetuju menerima tawaran.
Elaun 'on-call' diperluas kepada pegawai perubatan 6 klinik projek rintis - PM Anwar
Enam klinik tersebut terlibat dalam projek rintis sebagai salah satu usaha bagi mengatasi kesesakan di fasiliti kesihatan awam.
Lima klinik kesihatan sedang dibina di Sarawak
Lima klinik kesihatan kini dalam proses pembinaan di Sarawak bagi memberi akses perkhidmatan kesihatan kepada komuniti pedalaman dan luar bandar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Mogok bukan penyelesaian terbaik tangani isu sektor kesihatan - Dr Noor Hisham
Mogok secara tidak terancang bukan suatu jalan penyelesaian terbaik terhadap sebarang permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana profesional lain.
Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018
Antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, dan menerima tawaran menjadi pensyarah.
Malaysia perlu lebih 40,000 pembantu perubatan menjelang 2025
Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan 36 juta penduduk Malaysia pada tahun tersebut.