awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir semua projek Greater KL capai KPI

Bernama
Bernama
20/12/2012
23:09 MYT
Hampir semua projek Greater KL capai KPI
Hampir semua projek di bawah inisiatif Greater KL/Lembah Klang telah mencapai atau sekurang-kurangnya menghampiri Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Beliau berkata sejak dilancarkan dua tahun lepas hingga Disember tahun ini, projek di bawah Greater KL/Lembah Klang telah membelanjakan 94 peratus atau RM1.49 bilion daripada peruntukan perbelanjaan pembangunannya.
"Pada tahun ini, kita telah menyaksikan kejayan InvestKL untuk menarik 10 syarikat multi-nasional untuk menubuhkan ibu pejabat mereka dalam kawasan pembangunan GreaterKL/Lembah Klang berbanding enam sahaja pada tahun lepas.
"Selain itu, sejauh 13.4 kilometer rangkaian pejalan kaki juga berjaya disiapkan manakala bagi projek penghijauan Kuala Lumpur telah melebihi sasaran 30,000 batang pokok dengan jumlah penanaman sebanyak 31,898 pokok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Apresiasi Greater KL/Lembah Klang 2012 di sini, Khamis malam.
Majlis itu diadakan bagi menghargai 22 agensi awam dan swasta yang terlibat menggerakkan projek berkaitan Bidang Ekonomi Utama Greater Kuala Lumpur di bawah Program Transformasi Kerajaan itu.
Topic Berkaitan
#Greater KL
#KPI
#NONG CHIK
#perbelanjaan
#tranformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan