Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar merupakan antara empat orang yang dijadual menyampaikan kata-kata pujian atau eulogi pada istiadat pengebumian rasmi mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng, hari ini.
Menurut rakan karib keluarga mendiang, SF Yong, selain Haniff, tiga individu lain ialah anak perempuan mendiang, Susan Yuen, bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan seorang wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak itu meninggal dunia pada Khamis akibat kegagalan jantungnya pada usia 88 tahun. Mendiang meninggalkan isteri, Puan Sri Chan Choy May, dua anak perempuan, Susan Yuen Sumin, 56 dan Marina Chan Chean Gaik, 54 serta dua cucu berusia dalam lingkunan 20-an.
Mayat mendiang kini ditempatkan di Pusat Xiao En di Cheras di sini bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan memberikan penghormatan terakhir sebelum istiadat pengebumian berlangsung di Nilai Memorial Park di Nilai, Negeri Sembilan.
Yong berkata banyak kalungan bunga diterima di pusat berkenaan dari seluruh negara.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim turut menghantar kalungan bunga.
"Kami amat sedih dengan kehilangan Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang lahir di Larut Matang, Perak. Negara tercinta kami telah kehilangan seorang anak patriotik yang telah berkhidmat dengan cemerlang kepada Yang di-Pertuan Agong dan Negara," menurut sebahagian daripada mesej takziah pada kalungan bunga itu.
Kalungan bunga turut dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kerajaan negeri Sarawak.
Haniff turut menghantar kalungan bunga dengan mesej berbunyi: "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan amalannya."
"Semoga anda dikenang selalu atas keberanian dan khidmat cemerlang kepada yang di-Pertuan Agong dan Negara.
"Selamat Jalan Teman."
Bernama
Fri Oct 02 2015

Haniff (gambar) turut menghantar kalungan bunga dengan mesej berbunyi: "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan amalannya." - Gambar Fail

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.

Lee mahu slip bayaran pencen RM150 Nathan dari Malaysia disimpan rapi
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mahu slip bayaran pencen S R Nathan dari Malaysia disimpan dengan baik.

Haniff Omar akan sampai eulogi bagi mendiang Yuet Leng
Haniff turut menghantar kalungan bunga dengan mesej berbunyi: "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan amalannya."