awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah harap siasatan kes Faisal Halim diteruskan

Bernama
Bernama
09/05/2025
12:15 MYT
Hannah harap siasatan kes Faisal Halim diteruskan
Hannah menyifatkan serangan terhadap tonggak Selangor FC itu sebagai jenayah berat dan menuntut keadilan sewajarnya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berharap siasatan kes simbahan asid terhadap pemain kebangsaan Muhammad Faisal Abdul Halim tetap diteruskan meskipun sebelum ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Beliau menyifatkan serangan terhadap tonggak Selangor FC itu sebagai jenayah berat dan menuntut keadilan sewajarnya.
"Saya ada baca kenyataan polis yang menyebut NFA tidak bermaksud siasatan dihentikan, jadi saya lega ia masih diteruskan.
"Saya harap lebih banyak usaha digerakkan untuk mencari pihak yang bertanggungjawab kerana perbuatan ini tidak wajar berlaku terhadap atlet negara," katanya pada sidang media Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 di sini hari ini.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan siasatan kes berkenaan masih berjalan biarpun diklasifikasikan sebagai NFA, susulan tiada kaitan antara tangkapan dibuat dan bahan bukti seperti rakaman CCTV serta lakaran wajah suspek.
Dalam perkembangan berasingan, Hannah menyatakan sokongan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 yang bukan sahaja untuk acara lelaki tetapi juga acara wanita.
Katanya PSM perlu memastikan peruntukan dan peluang turut disalurkan kepada atlet wanita.
"Saya sudah maklumkan kepada semua persatuan sukan supaya tidak pilih kasih dan memberi pendedahan serta dana sewajarnya kepada wanita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#Faisal Halim
#kes simbah asid
#NFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan