SIMUNJAN: Hanya 2,450 pengunjung dibenarkan menghadiri malam gala Program Citrawarna Keluarga Malaysia pada 26 Feb ini di Tebingan Sungai Kuching, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata melihat perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 di seluruh dunia yang semakin meningkat, pihaknya bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah merangka prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk pengunjung ke program itu.
"Antaranya kita telah menambah bilangan kanopi daripada satu kepada tujuh buah. Setiap kanopi akan memuatkan 350 orang dan setiap pergerakan keluar masuk ke kanopi itu akan dikawal oleh penguat kuasa bagi mematuhi pengehadan bilangan pengunjung yang hadir," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Parlimen Batang Sadong di kawasan tempat letak kereta Dewan Mesra Simunjan, di sini, kira-kira 85 kilometer dari bandar raya Kuching, hari ini.
PJKM yang diadakan selama dua hari bermula hari ini memberi peluang kepada lebih daripada 40,000 penduduk tempatan untuk turut sama menikmati peluang membeli barang keperluan harian yang ditawarkan dengan harga sehingga 20 peratus lebih murah daripada biasa.
Berhubung Program Citrawarna Keluarga Malaysia, Nancy berkata program bertemakan Temasya Kepelbagaian Budaya itu akan memberi kemeriahan fiesta warna-warni dengan kepelbagaian program dan aktiviti pelancongan serta persembahan seni dan budaya Malaysia, dan ia dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya pelaksanaan Program Citrawarna Keluarga Malaysia itu juga sebagai penanda aras bagi pelaksanaan program-program MOTAC yang akan datang melalui kaedah norma baharu.
"Memang apabila kita mengadakan acara itu pada waktu sekarang ini, akan wujud 'fear factor' dalam kalangan masyarakat berhubung penularan jangkitan. Saya sendiri turut merasa risau, tetapi atas faktor ekonomi dan pemain industri lain yang bergantung kepada acara itu, ia harus diteruskan," katanya.
Selain malam gala pada hari Sabtu, beberapa acara lagi yang disusun untuk memeriahkan Program Citrawarna Keluarga Malaysia yang berlangsung selama empat hari mulai Khamis ini ialah festival kraf Sarawak, konsert Sape, festival gendang Sarawak, peragaan busana kraf tekstil Malaysia, 'food bazaar' serta persembahan bunga api dan pertunjukkan air pancut muzikal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Nancy memberitahu, MOTAC bersama JPBN Sarawak telah merangka prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk pengunjung ke program itu. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Pencemaran bau: Perkembangan berkaitan sekolah diumum esok
Perkembangan membabitkan persekolahan di Taman Mount Austin, Taman Daya, Taman Istimewa dan Kampung Melayu Pandan di sini yang dilanda pencemaran bau akan diumumkan esok.
MCMC adakan libat urus dengan penyedia platform media sosial bulan ini
MCMC akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan SOP melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.
Kelulusan projek pembangunan baharu di KL ditangguhkan sementara - Dr Zaliha
Semua kelulusan projek pembangunan baharu di Kuala Lumpur ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia tidak boleh leka dalam aspek keselamatan - Ahmad Zahid
Landskap ancaman keselamatan global yang tidak menentu menuntut Malaysia tidak leka walaupun tersenarai dalam negara ke-10 paling selamat mengikut GPI yang dikeluarkan baru-baru ini.
Lesen media sosial pastikan penyedia platform ketat SOP, kekang jenayah dalam talian
Lesen itu adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.