KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menetapkan harga siling runcit baharu bagi ayam dan telur dapat membantu mengekang pelarasan lebih besar yang meningkatkan lagi inflasi makanan secara menyeluruh, kata MIDF Research.
Menurutnya, ini penting memandangkan inflasi makanan tersebut telah mencecah paras tinggi untuk beberapa tahun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mei 2022.
"Sebagai contoh, harga siling baharu ayam pada RM9.40 sekilogram untuk Semenanjung Malaysia yang meningkat sebanyak 5.6 peratus daripada paras sebelumnya pada RM8.90 sekilogram.
"(Jumlah) itu lebih kecil daripada jangkaan kenaikan sekitar RM10 hingga RM12 sekilogram jika harga ayam diapungkan," katanya dalam nota tinjauannya hari ini.
MIDF Research juga menyifatkan keputusan Lembaga Pertubuhan Peladang untuk mengimport 4,500 tan ayam dari Thailand berupaya menstabilkan bekalan ayam di pasaran domestik selain mengehadkan tekanan kenaikan harganya pada masa ini.
"Bagi tempoh-tempoh seterusnya, kami menjangkakan kerajaan akan terus meninjau lebih banyak inisiatif untuk meredakan tekanan kenaikan harga makanan untuk jangka panjang," katanya.
Mengulas prospek inflasi, MIDF Research mengunjurkan inflasi IHP itu sekitar 2.8 peratus pada 2022, meningkat daripada 2.5 peratus pada tahun lepas dengan mengambil kira inflasi makanan yang lebih pantas selain peningkatan berterusan dalam aktiviti perbelanjaan domestik bagi tahun ini.
Semalam, Jemaah Menteri telah memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai ini.
Serentak dengan keputusan itu, harga runcit telur ayam ditetapkan pada kadar 45 sen sebiji untuk gred A manakala gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen) di Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
MIDF Research juga menyifatkan keputusan Lembaga Pertubuhan Peladang untuk mengimport 4,500 tan ayam dari Thailand berupaya menstabilkan bekalan ayam di pasaran domestik. - Gambar fail
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.
Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.
Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?