Skip to main content

Malaysia

"Hari ini Tahun Baharu Cina, kita fokus hal perpaduan" - PM Anwar

Kuala Lumpur , 17 February 2026. Perdana Menteri , Datum Seri Anwar Ibrahim hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri , Dartuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA , Datuk Seri Wee Ka Siong di Wisma MCA Kuala Lumpur. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Perdana Menteri Anwar menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA, di Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tumpuan utama pada sambutan Tahun Baharu Cina har ini adalah memperkukuh perpaduan rakyat dan enggan membincangkan isu-isu lain yang boleh mengganggu keharmonian.

Menurut Perdana Menteri, sambutan perayaan berkenaan wajar dimanfaatkan sebagai platform untuk memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta mengukuhkan perpaduan negara.

Advertisement

“Sambutan ini tentang perpaduan. Itu yang penting sekarang. Jangan sibuk dengan hal lain. Sabar dahulu, perkara lain boleh dibincangkan kemudian,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai amaran Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mengingatkan Kerajaan MADANI supaya tidak memandang rendah sentimen rakyat semasa menghadiri perhimpunan “Tangkap Azam Baki” di Kuala Lumpur, pada Ahad lalu

Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar berkata, beliau berharap Tahun Kuda akan 
memacu pertumbuhan lebih hebat dan membawa prestasi Malaysia jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

Must Watch Video