PENYERANG Bayern Munich, Harry Kane, akan kembali ke Stadium Tottenham Hotspur untuk menentang bekas kelabnya itu pada Ogos depan.

Perlawanan persahabatan di antara gergasi Jerman dan Tottenham akan dilangsungkan sebagai sebahagian daripada Piala Visit Malta kelak.

Perlawanan itu menandakan kembalinya ketua pasukan England itu ke utara London sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman yang menyertai Bayern pada musim panas lalu.

Rakan sepasukannya, Eric Dier, turut akan mengikuti rombongan menentang bekas kelabnya selepas pertahanan tersebut merantau pula ke Bayern pada Januari lalu.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro