KUALA LUMPUR: Produk pertanian yang sinonim dengan Perlis, mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024 yang berlangsung di sebuah pasar raya di sini.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan lapan tan metrik harumanis dibawa khas dari Perlis sempena penganjuran program itu, selain produk industri makanan dan asas tani (IMAT) seperti aiskrim, tart dan pulut harumanis, coklat mangga serta mango shake.
"Agrofiesta 2024 menyediakan 30 lot jualan yang memberi manfaat kepada 17 usahawan. Program ini menyasarkan kehadiran pengunjung seramai 25,000 orang dengan nilai jualan usahawan sebanyak RM500,000 selama tiga hari," menurut FAMA menerusi kenyataan di sini pada Ahad.
Majlis perasmian Agrofiesta 2024 telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Lokman Hakim Ali dan turut hadir ialah Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli serta Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri.
Selain harumanis, program yang berlangsung di AEON Alpha Angle Wangsa Maju selama tiga hari bermula Jumaat lepas, turut mengetengahkan produk pertanian lain seperti mangga sala, pomelo, nangka madu (J33), jagung manis dan pulasan.
Penganjuran Agrofiesta 2024 yang menyediakan platform pasaran dan promosi kepada produk pertanian tempatan adalah selaras dengan peranan FAMA selaku agensi peneraju utama pemasaran produk agromakanan, selain memperluaskan saiz pasaran bagi memastikan produk pertanian dan IMAT mudah diperoleh.
"Agrofiesta 2024 juga merupakan platform bagi memberi pendedahan kepada usahawan ke arah mempertingkatkan tahap keusahawanan dan daya saing serta menarik minat usahawan muda menceburi bidang pemasaran berasaskan pertanian.
"Walaupun trend usahawan hari ini lebih ke arah pendigitalan, program jualan dan promosi secara fizikal atau secara langsung juga tidak dinafikan mampu memberikan impak lebih tinggi dari segi penerimaan dan keyakinan pelanggan kerana boleh berkomunikasi terus dengan usahawan," menurut kenyataan itu.
Program kali ini turut menawarkan baucar sebanyak RM11,000 kepada pengguna aplikasi platform Agrobazaar Online yang boleh menebus baucar bernilai RM10 bagi setiap pembelian berjumlah RM30 ke atas.
Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik juga disediakan seperti persembahan kumpulan busker, kahoot games, teka jenis buah, kuiz dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Produk pertanian yang sinonim dengan Perlis, mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024. - Foto Facebook FAMA Malaysia
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis
Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu.
Harga Harumanis naik, faktor cuaca dan kos pertanian - Exco
Kerajaan negeri cadangkan Harumanis gred premium A dijual RM35 sekilogram, Premium B (RM30) dan Gred C (RM25 -RM15) sekilogram.
Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian
Sejak awal musim sehingga kini, FAMA telah menjual 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.
FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah
Sasaran untuk mengeksport ke negara Eropah berikutan potensi yang besar di samping memperkenalkan buah tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Cubaan bawa masuk daging tikus kering, lelaki ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas cubaan membawa masuk daging tikus kering ke negara ini.
Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport
Tindakan itu juga diambil sebagai persediaan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan buah gred A pada musim tuaian.
Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO
"Berebut kuasa tidak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan UMNO," kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi
Kos tinggi, risiko kecurian menjadi cabaran kepada peladang harumanis.
Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.
Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis
Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak.