KUANTAN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan pelaburan dan fitnah melalui media sosial yang semakin berleluasa bagi mengelak menjadi mangsa.
Beliau berkata masyarakat perlu peka dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan.
"Saya risau masalah kita hadapi antara lain ialah scam, klik pautan dapat RM500 bantuan, (tetapi) bila tekan keluar lain ... sekiranya anda mendapat panggilan daripada pihak tidak pasti, tolong semak, setidak-tidaknya jangan layan dulu dan buat semakan.
"Scammer sentiasa berusaha untuk tipu kita dengan cara paling senang ... jangan mudah percaya," katanya ketika berucap pada Program Jiwa MADANI di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya dan Ketua Pengarang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin.
Sementara itu, Fahmi menyarankan orang ramai agar menonton segmen "Biar Betul" siaran RTM setiap 7.59 malam atau aplikasi TikTok Biar Betul bagi mendapatkan maklumat terkini dan tepat.
"Bila sediakan Internet yang laju masalah kita ialah fitnah juga boleh sampai kepada kita dengan lebih laju daripada Internet itu, dan sebab itu setiap malam di RTM kita mainkan segmen Biar Betul.
"Supaya setiap hari fitnah yang berlegar dapat diuruskan dengan baik kerana sekiranya timbul persepsi salah, dan sering kali disampaikan kepada orang lain, fitnah itu burukkan keadaan ... saya perlu sampaikan peringatan ini walaupun tak begitu sedap didengar sebab masalah scam (penipuan) berleluasa, hati-hati fitnah dan scam," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata isu capaian Internet di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah antara yang akan diberikan keutamaan oleh kementeriannya.
"Saya bincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ... dan memang isu-isu melibatkan IPTA akan kita berikan keutamaan tahun ini, nanti kita dapatkan sedikit maklumat untuk cari penyelesaian lebih baik," katanya.
Terdahulu, Fahmi meluangkan masa melawat gerai pameran dan Jualan Rahmah Bergerak selain menyantuni masyarakat Felda Bukit Goh pada program berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Fahmi (empat, kanan) bergambar bersama penduduk Felda Bukit Goh pada Program Jiwa MADANI di sini hari ini. -Bernama
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Mahkamah benarkan permohonan Fahmi Fadzil batal tuntutan balas Ahmad Dusuki
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Fahmi Fadzil untuk membatalkan tuntutan balas yang dikemukakan oleh penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Dua timbalan menteri dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR
Ia susulan penyusunan semula kepimpinan MPN yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu hari ini.
Kementerian Komunikasi rancang guna teknologi 5G Advanced dalam penstriman langsung Sukma 2024
Ia sekali gus bakal menyaksikan kelajuan internet lapan kali ganda lebih pantas berbanding 5G sedia ada.
Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan
Pertemuan dibuat susulan tindakan Meta Platforms menurunkan hantaran berita media Malaysia mengenai pertemuan Anwar dengan Ismail Haniyah.
Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan
Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan menggalakkan orang ramai mengibarkan bendera selaras aspirasi '1 Rumah 1 Jalur Gemilang' (1R1JG).
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.