KUALA LUMPUR: Masyarakat khususnya netizen di negara ini diseru supaya menghentikan perbuatan memanipulasi media sosial (medsos) sebagai medium untuk menyebar fitnah, tohmahan dan kata-kata berbaur hinaan dan cacian terhadap sesuatu isu yang tular.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata media sosial seharusnya dijadikan medan penyebaran dakwah dan akhlak Islam.
"Ini mudah terjadi disebabkan sifat media sosial itu sendiri yang dapat menyembunyikan identiti seseorang melalui pelbagai tetapan seperti tanpa nama (anonymous) dan tanpa dilihat (unseen) serta boleh digunakan untuk mencipta pelbagai identiti palsu (fake account) yang tidak dikenali," katanya ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H di sini hari ini.
Ahmad Marzuk berkata, perkembangan itu menjadi virus yang amat bahaya dalam masyarakat terutama umat Islam dan mereka dilihat semakin jauh meninggalkan nilai akhlak Islam sebenar.
"Perbuatan menyebar fitnah di media sosial sama ada dalam bentuk penulisan mahupun ilustrasi dengan perkongsian maklumat tidak tepat berbaur provokasi dan penghinaan boleh mewujudkan budaya tidak sihat dalam kalangan masyarakat.
"Penentuan salah atau benar seseorang itu bergantung kepada penerimaan masyarakat, bukan lagi dinilai melalui syariat agama," katanya.
Katanya fitnah kini menjadi norma baharu yang diterima umum, sedangkan ia mencerminkan keruntuhan akhlak masyarakat dan perlu dihentikan segera.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dinobatkan sebagai Tokoh Utama Maulidur Rasul Wilayah Persekutuan pada sambutan kali ini.
Alimuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) menerima anugerah tersebut atas khidmat bakti dan sumbangan signifikan beliau dalam memartabatkan syiar Islam dan pendidikan Islam di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan, termasuk memperkenalkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta mengkaji dan menaik taraf sukatan pelajaran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Selain itu, pekerja am pembersihan Alam Flora Sdn Bhd, Arbaani Talib menerima Anugerah Tokoh Khas Individu atas dedikasi dan komitmen tinggi yang ditunjukkan beliau sepanjang menjalankan tugas yang tidak banyak diceburi atau dianggap remeh atau kotor oleh sebilangan masyarakat.
Anugerah Khas Kategori Organisasi pula diberikan kepada Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar (Kategori Masjid), Surau Putra Al-Amin, Putrajaya (Kategori Surau/Surau Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha, Labuan (Kategori Sekolah Menengah Kebangsaan), Sekolah Rendah Agama Salahuddin Al-Ayubi, Kuala Lumpur (Kategori Sekolah Rendah Agama) dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kuala Lumpur (Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Ahmad Marzuk (tengah) beramah mesra bersama tetamu selepas majlis sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 2022/1444H ketika di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. - Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'DAP kafir'
Ahmad Marzuk menjelaskan bahawa kenyataan berhubung 'DAP kafir' mengambil contoh kenyataan Mufti Pahang sebelum ini, yang dilapor melabelkan parti itu sebagai 'kafir harbi'.
Soalan lewat diterima punca timbalan menteri gagal jawab - Pegawai
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ling lewat menerima soalan daripada Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Dakwa gagal jawab soalan, Ahmad Marzuk minta Menteri Pendidikan, Timbalan letak jawatan
Sepanjang penglibatannya dalam sidang Parlimen, beliau tidak pernah melihat perkara itu berlaku dan menganggap Timbalan Menteri tidak kompeten kerana gagal menjawab soalan.
Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka siap tahun depan
Projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada September 2024 seperti yang dirancang.
"Kami lebai-lebai pun tahu mentadbir" - Ahmad Marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN - Pengkalan Chepa) menasihatkan kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH).
Pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing antara tumpuan Parlimen hari ini
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.
PRU15: Hormati proses demokrasi, elak cetus provokasi - Ahmad Marzuk
Penyokong parti perlu menanam sifat toleransi dan kerjasama yang jitu antara satu sama lain bagi menjamin keharmonian sepanjang tempoh PRU15.
Khutbah Jumaat tidak sepatutnya sentuh politik - Ahmad Marzuk
Khutbah Jumaat yang menyentuh isu politik terutamanya yang dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
Penganjuran konsert artis Barat: 'Jangan undang kemurkaan Allah' - Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, beri peringatan berhubung kekerapan penganjuran konsert artis Barat di negara ini.
Ajaran Hadi Minallah: Segerakan muzakarah fatwa peringkat negeri - Ahmad Marzuk
Majlis Agama Islam Negeri digesa untuk lebih proaktif dalam mengadakan muzakarah berhubung fatwa bagi mengekang terhadap pengasas mahu pun gerakan ajaran sesat.