KOTA KINABALU: Kehilangan habitat dan kekurangan sumber makanan bersaiz besar berkemungkinan antara sebab serangan buaya semakin meningkat di Sabah.
Prof Benoit Goossens, seorang ahli Suruhanjaya Kemandirian Khas Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) berkata walaupun membunuh beberapa buaya di sesuatu kawasan boleh menimbulkan rasa selamat kepada pengguna sungai, buaya baharu akan menggantikan reptilia yang mati itu dan bahaya akan berterusan.
Goossens yang juga Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) berkata, lebih banyak kesedaran diperlukan di kawasan yang mempunyai populasi buaya yang tinggi dengan menganjurkan bengkel bersama masyarakat tempatan dan pekerja ladang yang memancing di sepanjang Sungai Kinabatangan.
"Bagi saya, faktor yang menyebabkan konflik manusia-buaya ialah kehilangan habitat dan kekurangan mangsa besar seperti babi hutan akibat wabak selesema babi Afrika. Buaya besar yang menyerang manusia biasanya memakan mangsa bersaiz besar seperti khinzir dan rusa.
"Apabila populasi babi hutan kembali (ada), kita perlu mencadangkan kepada orang ramai agar mengelak mandi di sungai utama yang ada kehadiran buaya dan tidak memancing di tebing sungai selama berjam-jam, kerana buaya ialah pemangsa serang hendap," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan bahawa Sabah perlu mengeluarkan permit untuk memburu buaya secara terkawal bagi menangani isu populasi reptilia itu yang tinggi di Sabah.
Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag turut mendesak kerajaan negeri untuk mewujudkan peraturan atau pengawalan terhadap penghapusan dan pemburuan buaya secara komersial, sama seperti yang dilakukan di Sarawak.
Beliau membuat saranan itu susulan kematian melibatkan seorang wanita yang diserang oleh seekor buaya di daerah Kinabatangan pada 30 Julai lepas.
Pada 11 Sept, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai kepala mangsa yang dipercayai disambar buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntur di kawasan setinggan dekat Taman Kenari, Sandakan pada 9 Sept, kes terbaharu konflik antara manusia dengan buaya di negeri ini.
Goossens berkata DGFC telah menjalankan tinjauan di seluruh negeri pada 2019 hingga 2020 untuk Jabatan Hidupan Liar Sabah bagi kajian penemuan yang tidak merugikan (NDF).
DGFC ialah kemudahan kajian dan latihan kerjasama yang ditubuhkan di Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Hilir Kinabatangan dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Cardiff University.
Beliau berkata kajian DGFC adalah untuk menilai sama ada pemburuan secara komersial dan mampan tidak akan menjejaskan populasi buaya di Sabah.
"Hasil kajian kami mencadangkan bahawa dalam tempoh 20 tahun lepas, tiada bukti ketara tentang peningkatan dalam saiz populasi keseluruhan buaya di Sabah dan tidak mungkin menjadi faktor penentu dalam sebarang peningkatan laporan konflik manusia-buaya.
"Hasil NDF juga jatuh di atas ambang yang menunjukkan bahawa pemburuan (walaupun pemburuan terkawal) akan menjejaskan populasi buaya di negeri ini.
"Satu-satunya pemburuan buaya yang mampan adalah di Sungai Kinabatangan, membolehkan pemburuan maksimum lima ekor buaya dewasa setahun di sungai itu," katanya menambah pemburuan di sungai lain di Sabah boleh menjejaskan populasi buaya.
Pada masa ini, buaya air masin ialah spesies dilindungi di Sabah dan pada 2016, Malaysia memindahkan status buaya air masin itu daripada Lampiran I kepada II, dengan pemburuan liar dihadkan kepada Sarawak dan sifar kuota untuk spesimen liar bagi negeri lain di Malaysia termasuk Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022
Lebih banyak kesedaran diperlukan di kawasan berpopulasi buaya yang tinggi dengan penganjuran bengkel bersama masyarakat tempatan. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Pemaju hartanah nafi dakwaan blogger tentang serangan buaya di Forest City
Hantaran berkenaan tidak berasas dan berniat jahat selain mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjejaskan reputasi.
Polis Kinabatangan lepaskan 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham
Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 hari ini.
Fahami konflik manusia-buaya supaya wujud menang-menang dalam kitaran alam
Pemahaman biasa atau umum mengganggap kehadiran buaya memberi kesan negatif terhadap kepentingan manusia.
Buaya di Sabah dipercayai masih dalam saiz populasi sihat - Ahli zoologi
Sabah yang dilitupi kawasan berair memberikan habitat sesuai untuk buaya hidup selesa tidak kira di laut, sungai, tasik dan kolam.
Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang
Perhilitan Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut.
Mayat wanita Florida ditemui dalam mulut buaya
Reptilia itu kemudian dibunuh secara berperikemanusiaan, menurut kenyataan akhbar dari pejabat sheriff.
Florida: Mayat manusia ditemukan dalam mulut aligator
Aligator itu dikeluarkan dari air dan telah dibunuh.
Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, sekitar jam 7.20 pagi.
Wanita warga emas cedera digigit buaya ketika tangkap udang galah
Mangsa cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.
Datuk Bandar Mexico kahwini buaya sempena pesta menuai
Buaya berusia 7 tahun itu dan diberi nama 'Little Princess' dipercayai mewakili dewi berkaitan dengan alam semula jadi.