Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan tiada pakatan antara beliau dengan dua lagi penyandang jawatan itu untuk menentang calon yang mencabar mereka pada pemilihan parti bulan depan.
Hishammuddin berkata hanya keselesaan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi pengikat kepada gandingan mereka sehingga berjaya membawa wadah perjuangan parti selama ini.
"Keselesaan bekerja memang telah wujud, bukan semalam dan bukan hari ini. Memang telah dipersetujui oleh Datuk Seri Ahmad Zahid dan Datuk Seri Shafie, gandingan kerjasama selama ini yang mengikat kita.
"Keserasian ini memang telah terbukti dalam banyak pilihan raya kecil dan pilihan raya umum baru-baru ini. Saya percaya perwakilan cukup matang untuk menilai perkara itu," katanya.
Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas pertandingan enam penjuru untuk jawatan naib presiden, selepas mengadakan perjumpaan dengan Pergerakan Wanita dan Pemuda UMNO Johor di sini pada Sabtu.
Selain tiga penyandang, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menyerahkan borang pencalonan hari ini untuk persaingan jawatan naib presiden.
Namun, dalam masa sama, Hishammuddin berkata jika terus kekal memegang jawatan itu, beliau tidak mempunyai masalah untuk berkerjasama dengan siapa juga yang terpilih asalkan wujud persefahaman.
Bernama
Sun Sep 22 2013
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.
COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.
Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.
Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.
Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.
'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.
Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.