KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan model Winsome Runabout Vehicle (WR-V) serba baharu bagi pasaran Malaysia yang didatangkan dengan empat varian berharga antara RM89,900 dan RM107,900.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura berkata pengeluar kereta tersebut menyaksikan peningkatan permintaan terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) di Malaysia dan menjangka model terbaharu itu akan menguasai trend SUV kecil di negara ini.
"Kami percaya SUV kecil ini mempunyai potensi besar dalam pasaran dan akan mengukuhkan lagi kehadiran Honda Malaysia dalam segmen SUV bukan nasional.
"Kami yakin WR-V serba baharu ini dapat menarik perhatian golongan profesional muda serta pelanggan berkeluarga yang mencari SUV kecil dengan penawaran nilai yang baik," katanya pada majlis pelancaran model tersebut, di sini, hari ini.
Yoshimura berkata, Honda Malaysia menerima lebih 2,500 tempahan semasa pratempahan dalam masa hanya sebulan.
Menurutnya, berdasarkan peningkatan permintaan terhadap SUV dalam pasaran, syarikat itu menyasar mencapai jualan sebanyak 1,300 unit sebulan dengan jangkaan serahan kereta dalam tempoh dua hingga tiga bulan.
Beliau berkata Malaysia kekal sebagai pasaran penting bagi Honda di rantau ini dan syarikat itu yakin dengan prospek bagi tempoh Separuh Kedua 2023 meskipun dunia masih berdepan dengan isu kekurangan cip ketika ini.
"Sehingga kini kami masih menghadapi isu kekurangan cip, tetapi pada tempoh Separuh Kedua tahun ini, kami berharap kami akan dapat memperoleh jumlah tertentu, dan kami sudahpun merancang untuk meningkatkan pengeluaran kami pada masa depan," katanya pada sidang media.
Sementara itu, penyelaras eksekutif Honda Malaysia Yujiro Sugino berkata syarikat tersebut berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan 80,000 unit kereta bagi 2023, jumlah yang sama seperti tahun lepas.
"Walaupun volum pada tempoh Separuh Pertama 2023 rendah sedikit disebabkan kekurangan bekalan cip, kami menjangkakan menjelang Separuh Kedua, kami akan dapat memulihkan bekalan dan berada di landasan untuk mencapai sasaran kami," katanya.
Model WR-V serba baharu itu akan dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan tork 145Nm, diintegrasikan dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) dan teknologi tukaran G-design.
Semua varian, S, E, V dan RS (road sailing) mengandungi sejumlah ciri keselamatan canggih seperti Honda LaneWatch dan Honda SENSING sebagai tambahan, yang hanya terdapat dalam varian RS.
WR-V didatangkan dengan lima pilihan warna, termasuk warna baharu, putih mutiara stellar yang pertama kali seumpamanya bagi model Honda. Warna lain ialah putih mutiara platinum, merah menyala metalik, kelabu meteoroid metalik dan hitam kristal mutiara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Honda Malaysia menyasar mencapai jualan sebanyak 1,300 unit sebulan dengan jangkaan serahan kereta dalam tempoh dua hingga tiga bulan. - Gambar/ Bernama
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Nissan, Honda meterai perjanjian persefahaman pembangunan kereta elektrik
Kerjasama ini dijangka akan menguntungkan kedua-dua piLangkah
Honda catat lebih 80,000 jualan pada 2023, kekal jenama kereta bukan nasional nombor satu
Honda catat lebih 80,000 jualan kenderaan pada 2023, kekal jenama kereta bukan nasional nombor satu 10 tahun berturut-turut
Honda lancar model WR-V serba baharu bagi pasaran Malaysia
Honda Malaysia melancarkan model Winsome Runabout Vehicle (WR-V) serba baharu bagi pasaran Malaysia yang didatangkan dengan empat varian berharga antara RM89,900 dan RM107,900.
Honda AS panggil balik 1.2 juta kereta
American Honda Motor Co memanggil semula kira-kira 1.2 juta kenderaannya di Amerika Syarikat berhubung isu keselamatan berkaitan kamera undur.
Kecoh kereta Honda 'parkir' atas Mercedes
Difahamkan pemandu kereta Honda tersebut melanggar pintu pagar menyebabkan kenderaan itu melambung ke atas Mercedes.
Honda HR-V Serba Baharu terima tempahan lebih 20,000 unit
Ia termasuk sistem penjanaan kuasa canggih serta ciri inovatif, dalam masa sama mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian.
Honda Malaysia tarik balik 1,527 unit kenderaan, babitkan model City, HR-V dan BR-V
Semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat, yang akan menyertakan butiran penarikan balik produk.
Sony-Honda bakal keluarkan kereta elektrik pertama pada 2025
Syarikat elektronik Jepun, Sony dan syarikat automobil, Honda bersetuju untuk bekerjasama dalam membuat dan memasarkan kereta elektrik.
Nenek baru lulus lesen motosikal terkejut terima 20 saman
Goode yang lulus ujian menunggang motosikal pada Disember tahun lalu mengesyaki bahawa nombor pendaftaran motosikalnya telah diklonkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
MotoGP: Marquez 'menangis' kembali menang di Jerman
Saingan di Sachsenring kali ini menyaksikan Marquez kembali menemui tunggangan terbaiknya bagi merekodkan 11 kemenangan berturut-turut.