PETALING JAYA: Honda Malaysia hari ini mengumumkan penarikan balik beberapa model melibatkan City, City Hatchback, HR-V dan BR-V sebagai langkah berjaga-jaga.
Model yang terlibat ialah City (2021) dan City Hatchback (2022) sebanyak 1,068 unit, serta HR-V (2020) sebanyak 343 unit dan BR-V (2021) sebanyak 116 unit.
Honda memaklumkan dua faktor menjadi punca penarikan semula model-model berkenaan, iaitu pemeriksaan nut torque pada Penjana Arus Ulang-alik (ACG) dan pemeriksaan bolt earth grounding tightness.
"Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa semua model pengeluaran dan penjualan semasa tidak terjejas dengan penarikan balik produk ini.
"Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini dilaporkan di Malaysia.
"Syarikat percaya penarikan balik produk ini perlu kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia," kata Honda dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambah mereka, semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat, yang akan menyertakan butiran penarikan balik produk.
Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temujanji selepas menerima surat pemberitahuan bagi membolehkan kenderaan mereka diperiksa dan dibaiki jika perlu, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.
Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bahagian yang terjejas adalah percuma dan semua kos berkaitan akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan mereka dengan menghubungi Honda Malaysia di 1-800-88-2020.
Astro Awani
Tue Jun 21 2022
Antara dua model yang ditarik balik. - Honda Malaysia
Berdepan masalah kesihatan, Defam tarik diri daripada The Hardest Singing Show
Pengumuman itu dibuat pada malam tadi menerusi hantaran video ketika bersiaran secara langsung.
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
Ferrari tidak lagi tawarkan sistem navigasi GPS dalam kenderaan
Keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan.
Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar
Kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiba masa golongan muda ambil alih tugas tukang sembelih
Tiba masa golongan muda mengambil alih dan mendalami bidang penyembelihan haiwan ternakan daripada orang lama yang berpengalaman.
Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari, Isnin.
Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.
iOS 18 tampil ciri panggilan video kecemasan
Panggilan kecemasan dilakukan menggunakan rangkaian yang disulitkan bagi memastikan privasi.
Nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur ditemukan selamat
Warga emas berusia 62 tahun itu ditemukan bersama cucunya pada jam 9.30 pagi tadi.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 37,337 orang
Bilangan mangsa yang cedera di Gaza pula mencecah 85,229 orang selain 10,000 orang masih hilang dipercayai maut di bawah runtuhan bangunan.
Kerajaan Jepun periksa ibu pejabat Honda berhubung penipuan ujian kenderaan
Kementerian Pengangkutan Jepun telah memeriksa ibu pejabat Honda Motor Co di Tokyo pada Isnin.
Sempat ceroboh rumah di Karak selepas curi Honda City
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.45 tengah malam selepas pemilik rumah yang didiami sepasang suami isteri dan tiga anak menghubungi pihak polis.
Nissan, Honda meterai perjanjian persefahaman pembangunan kereta elektrik
Kerjasama ini dijangka akan menguntungkan kedua-dua piLangkah
Honda catat lebih 80,000 jualan pada 2023, kekal jenama kereta bukan nasional nombor satu
Honda catat lebih 80,000 jualan kenderaan pada 2023, kekal jenama kereta bukan nasional nombor satu 10 tahun berturut-turut
Honda lancar model WR-V serba baharu bagi pasaran Malaysia
Honda Malaysia melancarkan model Winsome Runabout Vehicle (WR-V) serba baharu bagi pasaran Malaysia yang didatangkan dengan empat varian berharga antara RM89,900 dan RM107,900.
Honda AS panggil balik 1.2 juta kereta
American Honda Motor Co memanggil semula kira-kira 1.2 juta kenderaannya di Amerika Syarikat berhubung isu keselamatan berkaitan kamera undur.
Kecoh kereta Honda 'parkir' atas Mercedes
Difahamkan pemandu kereta Honda tersebut melanggar pintu pagar menyebabkan kenderaan itu melambung ke atas Mercedes.
Honda HR-V Serba Baharu terima tempahan lebih 20,000 unit
Ia termasuk sistem penjanaan kuasa canggih serta ciri inovatif, dalam masa sama mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian.
Honda Malaysia tarik balik 1,527 unit kenderaan, babitkan model City, HR-V dan BR-V
Semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat, yang akan menyertakan butiran penarikan balik produk.
Sony-Honda bakal keluarkan kereta elektrik pertama pada 2025
Syarikat elektronik Jepun, Sony dan syarikat automobil, Honda bersetuju untuk bekerjasama dalam membuat dan memasarkan kereta elektrik.