SERDANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan dan menjenamakan semula Hospital Serdang yang kini dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Sultan Sharafuddin dalam titahnya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi menamakan hospital itu atas nama baginda.
"Sesungguhnya, kesihatan dan kebajikan rakyat sangat dekat di hati dan sentiasa dalam perhatian beta," titah baginda pada majlis perasmian dan penjenamaan semula Hospital Serdang di Auditorium Hospital Sultan Idris Shah Serdang di sini, hari ini.
Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengarah Hospital Serdang Dr Amin Sah Ahmad juga hadir.
Hospital Serdang yang memulakan operasinya pada Mei 2005 merupakan hospital pakar major yang menjadi pusat rujukan rawatan jantung bagi Wilayah Tengah dan pusat rujukan kes-kes jantung kompleks dari seluruh negara.
Sultan Sharafuddin bertitah Pusat Kardiologi Hospital Sultan Idris Shah yang telah dinantikan oleh masyarakat di Lembah Klang dan sekitarnya telah siap dibina dan akan menjadi pelengkap kepada blok hospital sedia ada sekali gus, memberi kemudahan kepada rakyat khususnya di Selangor untuk mendapatkan rawatan terbaik.
"Beta berharap dengan terbinanya Pusat Kardiologi ini akan dapat meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan kesihatan dan mengurangkan masa menunggu bagi rawatan pesakit jantung di Selangor.
"Beta dimaklumkan bahawa Hospital Sultan Idris Shah juga mempunyai kerjasama strategik dengan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.
"Kerjasama ini diharap dapat diperluaskan kepada fasiliti-fasiliti dan perkhidmatan bidang kepakaran lain," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah kerajaan harus prihatin dalam mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk penjagaan kesihatan rakyat dengan memberi tumpuan pada agenda membangunkan skim insurans kesihatan kebangsaan.
"Pada masa yang sama, kerajaan haruslah menjaga kebajikan para doktor dan petugas kesihatan kerana ia satu kerja yang mulia dan perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.
"Ia tidak seharusnya dijadikan isu dipolitikkan yang akhirnya merugikan semua pihak.
"Beta berkenan supaya pengurusan hospital baharu hendaklah mempunyai sistem pengurusan fasiliti yang cekap dan memastikan penyelenggaraan berjadual dilaksanakan.
"Setiap infrastruktur dan peralatan yang rosak perlu dinaik taraf dan dibaiki untuk mempermudahkan akses kesihatan kepada rakyat," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah projek berkepentingan tinggi seperti pembinaan hospital dan klinik baharu perlu disiapkan mengikut jadual dengan cekap supaya projek berkenaan diselesaikan dalam tempoh yang dirancang dan beroperasi secara efisien demi kesejahteraan rakyat.
Baginda turut menitahkan rakyat agar mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan diri secara komprehensif di samping, berwaspada terhadap maklumat kesihatan yang diperoleh dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Sultan Sharafuddin dalam titahnya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi menamakan hospital itu atas nama baginda. -Gambar Bernama
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Sister Enda Ryan
Sultan Sharafuddin zahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Sekolah Assunta Datin Paduka Sister Enda Ryan, yang meninggal dunia Ahad lalu.
Kerajaan negeri junjung titah Sultan Selangor untuk kukuhkan perpaduan
Kerajaan Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, yang mahu orang Melayu terus mengangkat perpaduan dan memperkukuh keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri itu.
Sultan Selangor, Anwar berbuka puasa bersama rakyat
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.
Sultan Selangor zahir hasrat tidak sambung tugas Pengerusi MKI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Surat Sultan Selangor kepada Abdul Hadi gamatkan sidang DUN
Usul menjunjung kasih kepada Sultan Selangor pada sidang DUN Selangor kecoh berhubung surat baginda kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.