SHAH ALAM: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila sebatang pokok di Batu Nilam 34, Bukit Tinggi di Klang menghempap kenderaannya dalam kejadian ketika hujan lebat petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bagaimanapun, wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kereta itu sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.
Terdahulu, pihaknya menggerakkan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang setelah mendapat panggilan daripada orang awam pada 4.49 petang.
"Setibanya di lokasi, sebatang pokok telah menghempap kira-kira empat kenderaan di sekitar kawasan itu termasuk kenderaan mangsa dan kerja-kerja mengalihkan pokok selesai pada 6.22 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila sebatang pokok di Batu Nilam 34, Bukit Tinggi di Klang menghempap kenderaannya dalam kejadian ketika hujan lebat petang tadi. - Foto Bomba Selangor (via Bernama)
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Hujan lebat ragut 4 nyawa, jejas ribuan pelarian di Yaman
Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Hadramout melaporkan empat individu maut apabila kenderaan mereka dihanyut arus deras di Lembah Ayeen.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 6 negeri
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di enam negeri sehingga jam 5 petang Rabu.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.