awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon
Iran utamakan diplomasi dalam penyelesaian isu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa kanak-kanak dikelar ditahan bantu siasatan

Bernama
Bernama
28/10/2025
12:44 MYT
Ibu bapa kanak-kanak dikelar ditahan bantu siasatan
Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja, semalam. - Foto hiasan
BATU PAHAT: Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja, semalam.

Ringkasan AI
  • Polis menahan pasangan suami isteri berusia 41 tahun selepas anak lelaki mereka berusia enam tahun cedera dikelar di rumah di Parit Raja.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak.
  • Mangsa kini stabil selepas pembedahan dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pasangan suami isteri berusia 41 tahun yang berniaga sendiri itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira 4 petang hari ini.
"Polis turut membuka kertas siasatan baharu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut laporan, wanita berkenaan menyedari anaknya mengalami kesan kelar di leher sebaik sahaja dia tersedar daripada tidur pada 5.30 pagi di rumah mereka.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.
Terdahulu, Shahrulanuar Mushaddat berkata kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Mangsa juga sudah boleh bercakap namun pihaknya belum merekodkan keterangan memandangkan kanak-kanak itu belum pulih sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu bapa ditahan
#kanak-kanak dikelar
#Parit Raja
#Polis Daerah Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan