Berikut adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 19 hingga 25 September 2016.
Antara tajuk utama minggu lalu termasuk bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan telah menfailkan perceraian terhadap aktor Brad Pitt, ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dibebaskan setelah keterangan diambil dan Sambutan luar biasa di ibu negara buat wira Paralimpik Rio.
Sept 19, Isnin
Angelina Jolie failkan perceraian terhadap Brad Pitt
Bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap aktor Brad Pitt dengan turut menuntut hak penjagaan kesemua enam anak mereka, lapor portal hiburan TMZ pada Selasa.
Menurut laporan itu lagi, Jolie, 41, menfailkan dokumen terbabit pada Isnin dengan memberikan alasan hubungan mereka tidak lagi mampu dipulihkan.
Pasangan A-list itu berkahwin sejak 2014, namun hidup bersama sejak 2004.
Sept 20, Selasa
Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dibebaskan setelah keterangan diambil
Sept 21, Rabu
Tekup bayi baru lahir hingga mati, 2 remaja ditahan
Dua remaja ditahan selepas dipercayai membunuh seorang bayi yang baru dilahirkan dalam kejadian di Bukit Palah, Melaka.
Menurut sumber, wanita berkenaan dikatakan menekup muka bayi berkenaan yang sedang menangis.
Sept 22, Khamis
Pasangan bercumbu dalam video viral bukan guru - Mahdzir
Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.
Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.
Sambutan luar biasa di ibu negara buat wira Paralimpik Rio
Sorakan hampir 1,000 peminat sukan tanah air memeriahkan dan menggamatkan suasana di perkarangan pusat beli-belah Pavilion di sini sejurus selepas ketibaan bas membawa wira emas Malaysia yang mencipta nama di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.
Kontinjen negara terdiri daripada 21 atlet yang diketuai Ketua Kontinjen Dr Ang Kean Koo yang menaiki bas hop-on-hop-off kelihatan teruja dengan sambutan luar biasa yang diberikan orang ramai pelbagai lapisan umur termasuk pelancong asing.
LAPOR LANGSUNG 'Selamat kembali, wira Paralimpik negara'
Sept 23, Jumaat
Telefon bimbit Samsung berasap cetus detik cemas dalam pesawat India
Sebuah telefon bimbit jenama Samsung yang berasap dilaporkan telah menyebabkan satu amaran kecemasan terpaksa dikeluarkan ke atas sebuah pesawat dari India.
Kejadian berlaku hanya beberapa minggu selepas pengeluar itu memanggil balik 2.5 juta unit model terbaharu keluarannya susulan masalah bateri yang terbakar sewaktu mengecas.
Anggota Geng 'Rizal Kundang' cedera ditembak polis di Desa Coalfields
Seorang lelaki warga tempatan anggota Geng 'Rizal Kundang' cedera ditembak polis di Desa Coalfields, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Khamis, polis yang sedang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta Naza Citra berwarna merah dalam keadaan mencurigakan.
Sept 24, Sabtu
Individu terlibat pergaduhan di Damansara tiada kaitan dengan KDN - Polis
Polis mengesahkan individu yang terlibat dalam satu pergaduhan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam tiada kaitan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Zani Che Din yang mengesahkan perkara tersebut enggan mengulas lanjut berhubung motif kejadian.
"Saya tidak boleh ulas lanjut kerana kita masih lagi menjalankan siasatan berkenaan kes ini," katanya.
Sept 25, Ahad
Suspek tembakan rambang di pusat beli-belah di Washington ditangkap
Pihak berkuasa Washington menahan seorang suspek di sebalik insiden tembakan yang menyebabkan lima maut di sebuah pusat membeli-belah di utara Seattle, kira-kira 24 jam selepas kejadian itu, lapor AFP.
"Lelaki bersenjata itu telah ditangkap malam ini oleh pihak berkuasa, tiada lagi suspek," jelas jurucakap Washington State Patrol, Sarjan Mark Francis di Twitter.
Rempuhan go-kart ragut nyawa bapa, anak
Dua beranak terbunuh selepas dirempuh ketika menyaksikan perlumbaan Go-Kart EIMARace 2016 di Jalan Sukpa.
Suganthi Suparmaniam
Mon Sep 26 2016
Senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 19 hingga 25 September 2016.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Brad Pitt didakwa sudah lama dera Angelina Jolie
Jolie menerusi peguamnya mendakwa Pitt sudah lama melakukan penderaan terhadap aktres tersebut sebelum perbuatan itu terdedah.
Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.
Bapa kecewa Angelina Jolie sokong Palestin, dakwa gagal fahami 'kebenaran'
Bapa kepada pelakon Angelina Jolie, Jon Voight kecewa apabila anak perempuannya menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengecam tindakan rejim zionis.
Insiden pengeboman di Gaza, Angelina Jolie bersuara kutuk Israel
Angelina Jolie mengecam tindakan Israel yang menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza dua hari lalu, hingga mengorbankan ratusan penduduk Palestin.
Status ibu selamatkan hidup Angelina Jolie dari musnah
Mempunyai anak telah banyak menyelamatkan Jolie dan hidup dengan pandangan yang berbeza terhadap dunia.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Angelina Jolie rayu derma untuk bantu mangsa
Pelakon Hollywood yang juga aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie pada Sabtu merayu agar derma disalurkan kepada Turkiye dan Syria.
Angelina Jolie tamatkan khidmat dengan UNHCR
Jolie mula bekerjasama dengan UNHCR pada 2001 dan kemudian dilantik sebagai wakil khas pada 2012.
Brad Pitt didakwa dera Angelina Jolie, anak dalam pesawat peribadi
Jolie dakwa bekas suaminya memegang kepalanya dan menyerang dua anak mereka dalam perjalanan dari Perancis ke Los Angeles.
Angelina Jolie lawat Pakistan untuk tarik perhatian, bantu mangsa banjir
Pelakon Hollywood Angelina Jolie, melawat Pakistan untuk menarik perhatian antarabangsa mengenai banjir yang melanda negara itu ketika banyak negara terus menghantar bantuan.
Krisis Rusia-Ukraine: Angelina Jolie buat lawatan mengejut ke Ukraine
Aktress itu juga bertemu dengan kanak-kanak yang terperangkap dalam serangan peluru berpandu Rusia di stesen kereta api.