Antara isu-isu utama minggu lalu adalah misteri tiga pesawat tersadai di KLIA, status Facebook Raja Zarith Sofiah yang menyayat hati, kenaikan tambang pengangkutan awam, juara Piala Malaysia dinobat, dan sekitar laporan Perhimpunan Agung UMNO 2015.
#ICYMI - In Case You Missed It (7 - 13 Dis)
Isnin, 7 Disember: Siapa punya kapal terbang? Tolong ambil balik!
Malaysia Airport (Sepang) Sdn Bhd telah meminta pemilik tiga buah pesawat untuk menuntut semula pesawat yang didapati 'tersadai' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Selasa, 8 Disember: 'Anak lelaki Mama 5 orang, di mana seorang lagi?' - Raja Zarith Sofiah
Satu status menyayat hati yang dimuat naik ke akaun Facebook membawa kita semua menyelami keperitan yang ditanggung Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, yang baharu sahaja kehilangan anakandanya, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail.
Najib akui terguris hati dengan Tun Mahathir
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau terguris hati dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.
Rabu, 9 Disember: 'Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki?' - Khairy
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa kerajaan agar menghentikan segala kenaikan kos yang berlaku ketika ini kerana rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.
Khamis, 10 Disember: Legenda tinju Muhammad Ali 'belasah' Donald Trump
Mantan juara tinju heavyweight dunia Muhammad Ali mengkritik cadangan Donald Trump untuk mengharamkan umat Islam memasuki Amerika Syarikat.
Kanak-kanak 7 tahun ke atas dicaj harga tiket dewasa, KTM 'dihentam' pengguna
KTMB mengumumkan harga tiket komuter bagi kanak-kanak 7 tahun ke atas adalah sama dengan harga tiket dewasa berkuatkuasa pada 2 Disember lalu.
Jumaat, 11 Disember: Pelarian Syria jual pen tepi jalan kini pemilik bakeri
Abdul Halim al-Attar, seorang pelarian Syria yang menjual pen di tepi jalan sambil mendukung anaknya, telah menerima bantuan derma berjumlah kira-kira AS$191,000 (RM814,586) dari masyarakat dunia dan kini memiliki sebuah kedai roti, sebuah restoran dan sebuah kedai kebab.
Berucap luar perhimpunan: Muhyiddin tetap disiasat - Hishammuddin
Siasatan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berucap di luar Perhimpunan Agung UMNO tetap diteruskan akan tetap dilakukan walaupun jika ada permohonan maaf daripada pemimpin nombor dua parti itu.
Sabtu, 12 Disember: Red Giants benam Helang Merah, muncul juara Piala Malaysia 2015
Selangor muncul juara Piala Malaysia 2015 selepas menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.
"Faham ini baik-baik," kata Najib yang mahu berdamai
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak memilih untuk berjiwa besar dengan menghulurkan salam perdamaian dan tali silaturahim kepada semua ahli UMNO bagi memastikan parti terus kukuh ketika dilanda gelora dalaman.
.
Wanita di Arab Saudi dibenarkan mengundi buat kali pertama
Buat pertama kalinya wanita di Arab Saudi dibenarkan keluar mengundi dalam pilihan raya perbandaran. Wanita juga pertama kali dibenarkan menjadi calon dalam pilihan raya tersebut walaupun kerajaan konservatif itu kekal menjadi satu-satunya negara yang tidak membenarkan wanita memandu kenderaan.
Ahad, 13 Disember: Siti Nordiana juara Gegar Vaganza 2
Penyanyi Siti Nordiana diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua yang diadakan secara langsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Koir Kanada rai pelarian Syria dengan lagu Tala' al-Badru 'Alayna
Sebuah video yang memaparkan kumpulan koir menyanyikan lagu nasyid, Tala' al-Badru 'Alayna, dikongsi di laman YouTube, dan dikatakan salah satu cara rakyat Kanada meraikan kedatangan saudara-saudara baharu mereka itu.