awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF sokong langkah mata wang Malaysia, pergerakan ringgit luar kawalan - PM Najib

Bernama
Bernama
21/11/2016
04:12 MYT
IMF sokong langkah mata wang Malaysia, pergerakan ringgit luar kawalan - PM Najib
IMF menyokong langkah diambil ke atas mata wang Malaysia, menyatakan pergerakan nilai ringgit adalah luar kawalan, kata Datuk Seri Najib. -Gambar hiasan
Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan bahawa pergerakan nilai ringgit adalah luar kawalan, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata beliau bertanyakan perkara tersebut kepada Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bersama Lagarde di sini pada Ahad.
Dialog tidak rasmi itu diadakan dalam rangka Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC, yang berakhir pada Ahad.
"Dia (Lagarde) menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu mata wang terapung sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan kita," katanya.
Datuk Seri Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang berakhir di sini.
Dalam pertemuannya dengan Pakatan Perniagaan US-APEC, yang turut disertai wakil Moody's, Najib berkata wakil agensi penarafan itu tidak menyatakan bahawa Malaysia dalam keadaan cemas.
"Jadi, kalau orang kata Malaysia dalam keadaan cemas, itu bermotivasikan politik," katanya. -BERNAMA
Topic Berkaitan
#APEC
#CHRISTINE LAGARDE
#ekonomi malaysia
#IMF
#Najib Razak
#pergerakan ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan