KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (Imigresen) menafikan dakwaan bahawa Depot Imigresen di Lenggeng, Negeri Sembilan sesak dan tiga depot lain kekurangan petugas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata jumlah kapasiti tahanan di semua 21 depot Imigresen seluruh Malaysia termasuk tiga depot Imigresen sementara adalah 21,150 orang, sedangkan jumlah tahanan di semua depot tersebut adalah kira-kira 17,000 orang sehingga 24 April.
Katanya ia terdiri daripada 12,895 lelaki, 3,211 perempuan, 851 kanak-kanak lelaki dan 677 kanak-kanak perempuan dengan kesemua kanak-kanak ditempatkan bersama penjaga mereka.
"Jumlah kapasiti tahanan di Depot Imigresen Lenggeng Negeri Sembilan adalah seramai 1,000 orang iaitu 800 lelaki dan 200 perempuan.
"Sehingga 24 April tahun ini, jumlah tahanan di Depot Imigresen Lenggeng adalah seramai 779 orang terdiri daripada 583 lelaki, 173 perempuan, 15 kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah
Khairul Dzaimee berkata daripada segi perjawatan, jabatan itu telah mengkaji keperluan perjawatan bagi semua depot pada tahun 2019 dengan mengambil kira keperluan sebenar pegawai dan telah dipersetujui oleh agensi pusat termasuk tambahan jawatan di empat pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah selepas pengambilalihan daripada Majlis Keselamatan Negara.
Katanya Imigresen sedang membuat pengisian kekosongan jawatan termasuk di depot-depot tahanan secara berterusan.
Beliau berkata demikian susulan laporan media tempatan hari ini berhubung kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal yang mendakwa keadaan Depot Imigresen Lenggeng di Negeri Sembilan sesak dengan tahanan, manakala tiga depot lain kekurangan petugas.
Khairul Dzaimee berkata pihaknya mengambil serius kenyataan tersebut yang disifatkan tidak berasaskan fakta dan tidak memberikan gambaran sebenar mengenai situasi semasa pengurusan depot-depot Imigresen di seluruh negara.
"Di dalam pengurusan Depot Imigresen, Imigresen sentiasa mematuhi ketetapan di dalam Peraturan Minimum Standard Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Tahanan (The Nelson Mandela Rules), Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Peraturan-peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot 2003), Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Depot Imigresen dan garis panduan ICRC ( Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) untuk aspek kesihatan, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Khairul Dzaimee berkata pihaknya mengambil serius kenyataan tersebut yang disifatkan tidak berasaskan fakta dan tidak memberikan gambaran sebenar. - Gambar fail

Aizat sah jadi suami Elyssa, rancang bulan madu di Mexico
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang.

AWANI Ringkas: ADUN PSB keluar parti, pembangkang tingal lima kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15 | Kerjasama gabungan politik pembangkang
Pakatan Harapan (PH) masih belum membincangkan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Pengarah Komunikasi Gabungan itu, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan berkenaan masih terlalu awal memandangkan PH masih belum membuat sebarang keputusan mengenai rundingan kerusi. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini menegaskan bahwa khemah besar bukan strategi utama untuk pilihan raya, sebaliknya PH perlu memperkukuh kembali kepada mencari jalan penyelesaian dan buat penawaran kepada rakyat. Jadi, untuk membincangkan mengenai kerjasama dalam kalangan gabungan parti dan juga konsep khemah besar ini dalam situasi politik semasa, saya bersama Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Mujibu Abdul Muis.

Selain PBM, ada parti lain mahu sertai BN, akan diputus malam esok - Mohamad
Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.

Jangan biar parti lawan guna isu LCS serang BN - Mohamad
"Ini tiada kena mengena dengan parti tapi pentadbiran syarikat. Jika ada terdapat penyalahgunaan, biarlah pihak berkuasa ambil tindakan."

Arab Saudi benarkan pemegang visa pelancong tunai umrah
Keputusan itu berkuat kuasa untuk musim umrah bermula 30 Julai bertujuan memberi jemaah pengalaman ibadah dan menikmati kebudayaan setempat.

Kapal LCS: Wanita BN kena faham isu, pembangkang mahu jadikan seperti 1MDB - Najib
Jelas Najib, ketika BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pembinaan kapal tersebut berada pada tahap 53 peratus.

Salman Rushdie tidak lagi bergantung pada ventilator, sudah boleh bercakap
Keadaan Salman Rushdie kini dilaporkan menunjukan tindak balas positif apabila penulis buku itu tidak lagi bergantung kepada mesin ventilator dan mungkin sudah boleh bercakap.

Keluar PSB: See Chee How adakan sidang media Selasa depan?
See Chee How dijangka membuat sidang media berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB), Selasa depan.

Hamas gesa Israel tamatkan jenayah terhadap Palestin
Gesaan itu dibuat selepas mahkamah Israel pada Rabu mengeluarkan perintah agar sebuah sekolah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dimusnahkan.

Setengah jam pujuk wanita warga asing buka pintu bilik hotel
Wanita terbabit yang menawarkan khidmat seks berada bersama pelanggannya dalam bilik berkenaan ketika serbuan.

Polis edar gambar dan senarai nama 61 etnik Rohingya masih bebas
Polis Kedah sedang menyiapkan nama dan gambar kesemua baki tahanan sebelum mengedar dan mengeluarkannya menerusi media massa.

Polis jejak tahanan Rohingya lari dari depot imigresen di Pasar Borong Selayang
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya sedia membantu Jabatan Imigresen mengesan saki-baki tahanan Rohingya yang masih bebas.

Imigresen nafi dakwaan depot sesak, kurang petugas
Jabatan Imigresen (Imigresen) menafikan dakwaan bahawa Depot Imigresen di Lenggeng, Negeri Sembilan sesak dan tiga depot lain kekurangan petugas.

Tolong kenang budi Malaysia kepada pelarian Rohingya sebelum lontar kritikan - Aktivis
Kamal Affandi menegur tindakan segelintir pihak yang lantang mengkritik pihak berkuasa berhubung insiden pelarian etnik Rohingya lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap pada Rabu lepas.

Kerajaan kaji semula pemberian pemegang Kad UNHCR kepada pelarian etnik Rohingya - Hamzah
Kajian itu perlu susulan ratusan tahanan etnik itu yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Tahanan Imigresen lolos: RSM nasihat tahanan Rohingya yang masih bebas serah diri
Wakil RSM berkata, jika masih bebas, mereka akan terus berada di bawah pengawasan pihak berkuasa.

MB Kedah anggap tahanan Rohingya lolos tidak ancam keselamatan penduduk
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap tahanan etnik Rohingya yang masih bebas setelah melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen, tidak akan mengancam keselamatan penduduk.

Lebih 24 jam lolos, tahanan Rohingya dijangka serah diri akibat kelaparan
Polis tidak menolak kemungkinan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap awal pagi Rabu akan menyerah diri dalam masa terdekat.

Kerajaan digesa lakukan siasatan bebas terhadap insiden Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap
Kumpulan Penasihat Malaysia mengenai Myanmar (MAGM) menggesa kerajaan menjalankan siasatan bebas berhubung insiden di Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap.