KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (Imigresen) menafikan dakwaan bahawa Depot Imigresen di Lenggeng, Negeri Sembilan sesak dan tiga depot lain kekurangan petugas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata jumlah kapasiti tahanan di semua 21 depot Imigresen seluruh Malaysia termasuk tiga depot Imigresen sementara adalah 21,150 orang, sedangkan jumlah tahanan di semua depot tersebut adalah kira-kira 17,000 orang sehingga 24 April.
Katanya ia terdiri daripada 12,895 lelaki, 3,211 perempuan, 851 kanak-kanak lelaki dan 677 kanak-kanak perempuan dengan kesemua kanak-kanak ditempatkan bersama penjaga mereka.
"Jumlah kapasiti tahanan di Depot Imigresen Lenggeng Negeri Sembilan adalah seramai 1,000 orang iaitu 800 lelaki dan 200 perempuan.
"Sehingga 24 April tahun ini, jumlah tahanan di Depot Imigresen Lenggeng adalah seramai 779 orang terdiri daripada 583 lelaki, 173 perempuan, 15 kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah
Khairul Dzaimee berkata daripada segi perjawatan, jabatan itu telah mengkaji keperluan perjawatan bagi semua depot pada tahun 2019 dengan mengambil kira keperluan sebenar pegawai dan telah dipersetujui oleh agensi pusat termasuk tambahan jawatan di empat pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah selepas pengambilalihan daripada Majlis Keselamatan Negara.
Katanya Imigresen sedang membuat pengisian kekosongan jawatan termasuk di depot-depot tahanan secara berterusan.
Beliau berkata demikian susulan laporan media tempatan hari ini berhubung kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal yang mendakwa keadaan Depot Imigresen Lenggeng di Negeri Sembilan sesak dengan tahanan, manakala tiga depot lain kekurangan petugas.
Khairul Dzaimee berkata pihaknya mengambil serius kenyataan tersebut yang disifatkan tidak berasaskan fakta dan tidak memberikan gambaran sebenar mengenai situasi semasa pengurusan depot-depot Imigresen di seluruh negara.
"Di dalam pengurusan Depot Imigresen, Imigresen sentiasa mematuhi ketetapan di dalam Peraturan Minimum Standard Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Tahanan (The Nelson Mandela Rules), Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Peraturan-peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot 2003), Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Depot Imigresen dan garis panduan ICRC ( Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) untuk aspek kesihatan, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
Khairul Dzaimee berkata pihaknya mengambil serius kenyataan tersebut yang disifatkan tidak berasaskan fakta dan tidak memberikan gambaran sebenar. - Gambar fail
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
'Saya pelawa Human Rights Watch berjumpa saya' - Saifuddin
Layanan tidak mesra itu termasuklah seperti tahanan didera,kematian, tempoh tahanan yang lama, layanan buruk kepada wanita dan kanak-kanak, fasiliti yang burukk dan termasuklah makanan dan ubat-ubatan
JPN teliti permohonan pindaan sijil lahir Tayalan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang meneliti permohonan pindaan sijil lahir R. Tayalan @ Mohd Farid Abdullah yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Teluk Intan, Perak.
KDN akan keluarkan tahanan kanak-kanak di Depot Imigresen - Saifuddin
Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, beliau sudah mengenal pasti profil kumpulan kanak-kanak tersebut, bilangannya dan di mana mereka ditahan.
Lima perkara penting kenyataan media KKM 24 April
Sebanyak 21 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).
COVID-19: Selangor kekal tertinggi kes positif, berikut lima tumpuan kenyataan KKM hari ini
Sebanyak 37 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pada 23 Mac adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan DTI.
Lima perkara penting kenyataan media KKM 22 Mac
Sebanyak 77 kes (6.9 peratus) daripada 1,116 kes baharu yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI).
Dakwaan pengabaian SOP di depot tahanan, JPBN Sarawak lakukan siasatan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku pengabaian dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Malaysia hantar pulang 5,951 pendatang tanpa izin sepanjang PKP
Seramai 5,951 tahanan di Depot Tahanan Imigresen dihantar pulang sepanjang tempoh pelaksanaan PKP bermula 18 Mac sehingga 1 Julai.
KKM jangka tiada kenaikan kes mendadak di 4 kluster DTI
KKM menjangkakan tidak akan berlaku kenaikan mendadak kes COVID-19 di empat kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) seperti yang berlaku tiga hari lalu.
COVID-19: Kembali tiga digit, 270 kes baharu adalah PATI
Malaysia kembali merekodkan tiga digit kes positif harian COVID-19 apabila dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 277 kes baharu direkodkan.