KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata dalam laporan bulanan terbaharu IHPR Pengeluaran Tempatan, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mac 2024, menyumbang kepada peningkatan indeks keseluruhan.
Sektor perlombongan naik 8.3 peratus (Februari 2024: 5.3 peratus), disebabkan oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (11.0 peratus).
Pada masa yang sama, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 5.5 peratus (Februari 2024: 6.0 peratus), dengan indeks penanaman tanaman kekal dan pengeluaran ternakan masing-masing meningkat sebanyak 9.0 peratus dan 3.8 peratus.
Sektor pembuatan meningkat perlahan 0.6 peratus daripada negatif 0.7 peratus pada bulan sebelumnya disebabkan oleh pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (6.8 peratus) serta pembuatan kimia dan produk kimia (1.4 peratus).
"Untuk sektor utiliti, indeks bekalan elektrik dan gas serta bekalan air masing-masing meningkat sebanyak 0.1 peratus dan 6.0 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
"Pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 1.6 peratus berbanding 0.7 peratus pada Februari 2024 yang disumbangkan oleh kesemua sektor.
Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 4.3 peratus (Februari 2024: 2.6 peratus) disebabkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (7.4 peratus) dan pengeluaran ternakan (1.0 peratus).
Di samping itu, sektor perlombongan meningkat 2.3 peratus (Februari 2024: 5.7 peratus) dipengaruhi oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (2.3 peratus).
Mohd Uzir berkata IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan peningkatan 0.4 peratus pada suku pertama 2024 selepas penurunan negatif 1.0 peratus pada suku keempat 2023.
Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 4.9 peratus, diikuti oleh perlombongan dan bekalan air, masing-masing meningkat sebanyak 4.0 peratus dan 3.4 peratus.
Bagaimanapun, sektor pembuatan dan bekalan elektrik dan gas kedua-duanya mencatatkan penurunan negatif 0.3 peratus dan negatif 0.2 peratus.
Sementara itu, perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPR meningkat 0.6 peratusberbanding negatif 0.3 peratus pada suku keempat 2023, kata Mohd Uzir.
Perbandingan dengan negara lain menunjukkan bahawa IHPR Amerika Syarikat meningkat 2.1 peratus pada bulan ini berbanding 1.6 peratus pada Februari 2024.
Selain itu, kadar inflasi tahunan United Kingdom meningkat 0.6 peratus, daripada peningkatan0.4 peratus pada Februari 2024 disebabkan oleh pengeluaran petroleum bertapis dan pengeluaran lain.
IHPR Jepun meningkat 0.8 peratus berbanding kenaikan 0.7 peratus pada bulan sebelumnya.
Sementara itu, harga pengeluar China terus menyusut 2.8 peratus berbanding penurunan 2.7 peratuspada bulan sebelumnya.
"Ini menandakan penguncupan harga di pintu kilang ke-18 berturut-turut sejak November lepas, menunjukkan permintaan yang lemah secara berterusan, memperlihatkan ekonomi memerlukan rangsangan baharu disebabkan penurunan berterusan perlombongan dan kuari serta bahan mentah," katanya.
Mohd Uzir selanjutnya berkata harga hartanah Malaysia dijangka meningkat dengan ketara pada separuhpertama 2024 berikutan cabaran peningkatan kos bahan binaan, berdasarkan Tinjauan Pasaran 2024 oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).
Menurut Rehda, setakat Disember 2023, harga purata pasir dan konkrit di Malaysia telahmeningkat lebih 10 peratus tahun ke tahun.
Ini menandakan bahawa kos pembinaan dijangka meningkat secara purata sebanyak 15 peratus pada separuh pertama 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Mohd Uzir berkata dalam laporan bulanan terbaharu IHPR Pengeluaran Tempatan, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mac 2024, menyumbang kepada peningkatan indeks keseluruhan. - Gambar fail
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara.
Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.
Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.
Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).
Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.
Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.
IPI Malaysia dijangka terus pulih sehingga akhir tahun - PIVB
Jangkaan pertumbuhan akan didorong oleh pemulihan dalam keadaan pandemik global, migrasi rangkaian selular global dan pembukaan semula sepenuhnya di ASEAN.