awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan TUDM: Jenazah Koperal Udara Sharif selamat dikebumikan

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
15/08/2021
05:08 MYT
Insiden tembakan TUDM: Jenazah Koperal Udara Sharif selamat dikebumikan
Jenazah Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Jenazah Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Siniawan Seberang, Bau, kira-kira 10.30 pagi tadi.
Upacara itu berlangsung mengikut istiadat ketenteraan yang disaksikan ahli keluarga terdekat.
Jenazah Sharif tiba di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Siniawan Seberang kira-kira jam 9 pagi.
Terdahulu jenazahnya dibawa ke kediamannya di Kampung Siniawan Lot untuk disembahyangkan selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) malam tadi.
BACA: Mangsa insiden tembakan TUDM Kota Samarahan dikebumikan pagi ini
Insiden Tembak | Jenazah anggota TUDM ditembak dikebumi Jenazah Allahyarham Koperal Udara Sharif diturunkan ke liang lahad. - Foto Astro AWANI
Jenazah Allahyarham Koperal Udara Sharif diturunkan ke liang lahad. - Foto Astro AWANI
Balu Allahyarham Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, Shima Mustapha, 29, (tengah) menahan sebak ketika menghadiri pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Seniawan Seberang dekat sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Balu Allahyarham Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, Shima Mustapha, 29, (tengah) menahan sebak ketika menghadiri pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Seniawan Seberang dekat sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Antara yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir ialah Panglima Wilayah Udara Dua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Jeneral Datuk Shamsudin Kassim.
Allahyarham Sharif antara empat anggota yang terkorban dalam insiden tembakan di Kem Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan pada Jumaat lalu.
Anak kedua daripada tujuh adik beradik itu meninggalkan seorang balu serta tiga anak, Sharifah Syafa Syahirah, 6; Sharifah Syafa Sakira, 2; dan Syarif Ardogan yang berusia dua bulan.
BACA: Insiden tembakan TUDM: Arwah Sharif Mohd Siddiq pesan adik jangan lupa sembahyang
Insiden Tembakan | Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
Topic Berkaitan
#TUDM
#tembakan
#bedah siasat
#Jabatan Forensik
#Malaysia
#Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli
#Islam
#Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan