KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat diberitahu hari ini bahawa Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka berfungsi sepenuhnya pada awal tahun depan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata ketika ini, proses pemilihan, penilaian dan pelantikan ahli suruhanjaya berkenaan bagi jawatan pengerusi dan anggota sedang giat dijalankan.
Pada masa sama, beliau berkata setakat ini sebanyak 94 aduan berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diterima selaras dengan Seksyen 25 Akta IPCC.
"Prosedur operasi standard (SOP) (bagi meneliti aduan) akan ditentukan selepas pelantikan (ahli) suruhanjaya ini telah dimuktamadkan. Kita ambil maklum semua aduan, klasifikasikan dan teliti dengan baik bagi memberi keadilan kepada semua yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengenai 24,000 alat bantuan teknik termasuk kamera badan kepada PDRM dan pelbagai agensi di bawahnya, Shamsul Anuar berkata perkara itu telah dibawa ke Mesyuarat Penilaian Pembuktian Konsep yang diadakan pada 26 Okt lepas dan ia akan dimuktamadkan oleh Lembaga Perolehan kementerian pada akhir bulan ini.
"Kamera badan ini akan digunakan oleh anggota PDRM yang bertugas di lapangan terutama oleh Unit Peronda Kereta Polis (MPV) dan Unit Rondaan Motosikal (URB) di 157 ibu pejabat polis daerah di seluruh negara," katanya dan menambah sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi perolehan peralatan ini.
Rang undang-undang perbekalan 2024 bagi kementerian itu kemudiannya diluluskan dengan lebih suara bersetuju sebelum persidangan ditangguhkan sehingga Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Shamsul Anuar berkata ketika ini, proses pemilihan, penilaian dan pelantikan ahli suruhanjaya berkenaan bagi jawatan pengerusi dan anggota sedang giat dijalankan. - Gambar fail/Bernama
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022 hingga Februari 2024
Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang.
Zolkopli Dahlan dilantik ketuai IPCC
Datuk Zolkopli Dahalan hari ini dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang turut dianggotai empat individu lain.
IPCC dijangka berfungsi sepenuhnya awal tahun depan
Dewan Rakyat diberitahu hari ini bahawa Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka berfungsi sepenuhnya pada awal tahun depan.
RUU IPCC akan dibentang pada penggal ini
KDN memberi jaminan Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan dibawa ke sidang Parlimen pada penggal ini.
Dua persatuan polis terima baik penubuhan IPCC
Dua persatuan polis menerima baik penubuhan IPCC kerana ia juga bakal memberikan fokus kepada aspek kebajikan warga polis.
Kartel PDRM: Segerakan RUU IPCC, jangan tangguh - Suhakam
Badan itu menzahirkan kebimbangan susulan kenyataan Ketua Polis Negara baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis.