awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Serangan AS ke atas tapak nuklear Iran tidak lepaskan radiasi - Badan pemantau
MALAYSIA
Tindakan kenteraan unilateral boleh heret Asia Barat ke arah konflik besar - Hamzah
MALAYSIA
Tindakan komprehensif perlu dilaksana tangani jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih enam jam beri keterangan

Faida Rahim
Faida Rahim
07/05/2025
09:13 MYT
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih enam jam beri keterangan
Ismail Sabri yang menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam itu keluar kira-kira jam 5.05 petang sambil diiringi kenderaan polis. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat beredar meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas lebih enam jam hadir ke pejabat berkenaan untuk dirakam percakapan hari ini.

Ringkasan AI
  • Bekas Perdana Menteri itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk kali kelapan bagi memberi keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
  • Siasatan melibatkan perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan bahawa siasatan terhadap kes ini baru mencapai 15 hingga 20 peratus, dengan beberapa dokumen penting masih perlu disahkan.

Ismail Sabri yang menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam itu keluar kira-kira jam 5.05 petang sambil diiringi kenderaan polis.
Terdahulu, Ismail Sabri dilihat tiba kira-kira jam 10.55 pagi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM hari ini adalah yang kelapan berhubung siasatan mengenai kes terbabit.
Siasatan antara lain membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan SPRM terhadap kes membabitkan Ismail Sabri itu dianggarkan baru sekitar 15 hingga 20 peratus.
Kali terakhir pemimpin veteran UMNO itu dipanggil tampil ke pejabat SPRM adalah pada 24 April lalu, bagi proses soal siasat dan memberi keterangan lanjut buat kali ketujuh bagi pengisytiharan harta kepada pegawai penyiasat SPRM.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#pengubahan wang haram
#Azam Baki
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami