awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akta Pekerja Gig dikuatkuasakan selewat-lewatnya penghujung Mac - Ramanan
Bicara kes rasuah pengarah Hydroshoppe pada 7 Mei
Tuduhan tidak berasas, keputusan mahkamah berpihak kepada suami pengasas Dnars
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/09/2020
08:46 MYT
Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh
Pada Rabu Anwar dalam satu sidang media di ibu negara mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung pada Selasa telah ditangguhkan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia terpaksa ditangguhkan ekoran kegeringan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, ketika ini Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar di Institut Jantung Negara (IJN).
“Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak COVID-19.
“Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama semoga kita dikurniakan keberkatan daripada Allah “SWT.
“Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran yang berpanjangan,” katanya.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia terpaksa ditangguhkan ekoran kegeringan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia terpaksa ditangguhkan ekoran kegeringan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tambah Ahmad Fadil, baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, menteri Kabinet dan individu termasuk Anwar yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.
Pada Rabu Anwar dalam satu sidang media di ibu negara mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Anwar press conference
#Astro Awani
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#kabinet
#kerajaan
#kesihatan
#Muhyiddin Yassin
#Parti Keadilan Rakyat
#Perdana Menteri
#PKR
#politik
#presiden
#rakyat Malaysia
#sidang media Anwar
#Wan Azizah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan