awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu karikatur Nabi Muhammad di Perancis: Malaysia ulangi pendirian kutuk kekerasan, fitnah terhadap Islam

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
28/10/2020
15:01 MYT
Isu karikatur Nabi Muhammad di Perancis: Malaysia ulangi pendirian kutuk kekerasan, fitnah terhadap Islam
Susulan kenyataan itu, beberapa siri protes diadakan di negara-negara Islam susulan isu penghinaan melalui karikatur terhadap Nabi Muhammad. Foto: AP
KUALA LUMPUR:Kementerian Luar mengulangi pendirian Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan retorik dan provokatif yang mencemarkan nama baik agama Islam.
Perkara itu disuarakan dalam pertemuan antara Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Perancis bersama Kementerian Luar di ibu negara pada Rabu.
Kementerian tersebut dalam satu kenyataan berkata, pertemuan itu adalah bagi menyatakan kegusaran Malaysia terhadap peningkatan ketegangan, ucapan berunsur kebencian dan fitnah terhadap Islam.
"Malaysia berpendapat bahawa ketegangan tersebut tidak akan membolehkan kehidupan bersama secara aman dengan semua agama.
"Semasa pertemuan tersebut, Kementerian Luar mengulangi pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan retorik dan provokatif yang mencemarkan nama baik agama Islam, sebagaimana yang telah disaksikan oleh dunia baru-baru ini dalam bentuk penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W.
"Malaysia komited untuk menegakkan kebebasan bersuara dan ekspresi sebagai hak asasi manusia selagi mana hak-hak ini dilaksanakan dengan penuh hormat dan bertanggungjawab agar tidak berlawanan dan melanggar hak mereka yang lain," katanya.
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Dr Zulkifli titip surat kepada duta Perancis
BACA: Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis
BACA: Islamofobia di Perancis: Anwar utus surat terbuka kepada Macron
Jelas kementerian itu lagi, Malaysia juga menekankan kepentingan inisiatif untuk mengurangkan dan menghapuskan Islamofobia di semua peringkat.
"Dalam hal ini, Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi meningkatkan rasa saling menghormati antara agama dan mencegah ekstremisme agama," jelasnya lagi.
Terdahulu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini.
BACA: Isu karikatur Nabi Muhammad: Umat Islam serata dunia protes
Macron membuat kenyataan itu berhubung insiden pembunuhan guru lelaki yang dipenggal kerana menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW di Paris, baru-baru ini.
Susulan kenyataan itu, beberapa siri protes diadakan di negara-negara Islam susulan isu penghinaan melalui karikatur terhadap Nabi Muhammad
Topic Berkaitan
#Paris
#Emmanuel Macron
#Kementerian Luar Negeri
#Malaysia
#Perancis
#Islamofobia
#provokatif
#Nabi Muhammad S A W
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan