PAS Selangor menyokong keputusan yang diambil Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berhubung isu Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam satu kenyataan, ia merupakan hikmah yang sangat besar di sebalik keputusan yang telah dibuat seluruh kepimpinan parti.


Berikut adalah kenyataan penuh daripada Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman:


PAS SELANGOR
17hb Ogos 2014

Pas Selangor pada hari ini menerima dan akan taat kepada keputusan yang telah diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat sebentar tadi iaitu menggantikan seorang Menteri Besar Selangor yang baru.

"Kita akan terus bekerja dengan mana-mana Menteri Besar yang ada termasuk yang bakal akan dilantik nanti atas perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor kelak"

"PAS Selangor akan menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan seluruh kepimpinan pas serta ahlinya sangat menjunjung kasih kebawah DYMM Tuanku Sultan Selangor"

PAS Selangor yakin ada hikmah yang sangat besar di sebalik keputusan yang telah dibuat dan kita tegas meminta agar semua adun pas serta kepimpinan parti di semua peringkat agar akur kepada keputusan yang dibuat termasuk mentaati tatacara parti yang ada.

YB Pesuruhjaya telah mengarahkan agar semua anngota exco PAS, Adun, Ahli Majlis serta JKKK untuk terus fokus kepada memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dan menjaga agar kebajikan rakyat terus terbela.


Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha PAS Selangor

--------------------------------------------------------------------------------------------------

*Mohd Khairuddin Othman adalah Setiausaha PAS Selangor
*Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI