awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Paya Indah Wetlands: Kerajaan Selangor sedia beri kerjasama

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
27/08/2016
03:41 MYT
Isu Paya Indah Wetlands: Kerajaan Selangor sedia beri kerjasama
MOHAMED AZMIN: Jika sesiapa mendakwa ada bukti penyelewengan atau salah laku, laporlah. Kerajaan Selangor tiada masalah untuk beri kerjasama. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Selangor sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak untuk menyiasat dakwaan berhubung isu Paya Indah Wetlands.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada siasatan termasuk dari pihak luar.
"Jika sesiapa mendakwa ada bukti penyelewengan atau salah laku, laporlah. Kerajaan Selangor tiada masalah untuk beri kerjasama," kata Mohamed Azmin.
Ketika ditanya lebih lanjut mengenai tuduhan yang dibuat terhadap beliau, Mohamed Azmin enggan mengulas lanjut.
"Itu tuduhan. Biar siasatan dijalankan dahulu," jawab beliau ringkas.
Pada 26 Julai lalu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin memuat naik satu kenyataan terbuka mendakwa bahawa Mohamed Azmin melalui satu mesyuarat telah meluluskan penukaran status tanah tersebut dari pertanian (terhad) kepada kawasan pembangunan.
Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard mendakwa penukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetland yang diisytiharkan warisan dunia itu akan menyebabkan alam sekitar terjejas dan sekali gus mengganggu ekosistem dunia.
Chegu Bard juga berhasrat membukukan semua bukti penukaran status tanah berkenaan untuk diedarkan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Selangor.
Mohamed Azmin dalam maklum balasnya bagaimanapun menegaskan, bukti berkenaan sepatutnya dikemukakan kepada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Kerajaan Negeri Selangor
#Paya Indah Wetlands
#pihak luar
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan