KUANTAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman mengesahkan beliau telah diarah supaya menjelaskan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, baru-baru ini.
Young Syefura berkata beliau akan menjelaskan bayaran kompaun itu dalam masa terdekat dan pihak polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai.
"Saya meminta maaf kerana melanggar SOP PKPB yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang. Saya juga memohon maaf kepada semua rakyat Pahang atas kesilapan itu," katanya.
Young Syefura berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (Belanjawan 2021) pada persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam.
Sebelum ini, Young Syefura dikecam selepas memuat naik di Instagram gambar beliau bersama empat rakan menyambut ulang tahun kelahirannya di pantai Bagan Lalang, Selangor, yang kemudiannya dipadamkan daripada laman sosial tersebut.
BACA: Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat
BACA: Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis
Selangor merupakan antara negeri yang dikenakan PKPB sehingga 6 Dis ini, dan orang ramai dilarang merentas daerah tanpa urusan penting sepanjang tempoh tersebut.
Sementara itu dalam perbahasannya, Young Syefura mempersoal sama ada data yang dibentangkan pada DUN Pahang berhubung keluasan hutan di negeri itu, iaitu seluas 2.05 juta hektar iaitu 57 peratus daripada 3.59 juta hektar tanah negeri adalah sahih.
"Saya telah membuat semakan dan mendapati jumlah hutan ini tidak berubah sejak 2017. Bolehkah keadaan ini berlaku sedangkan hasil hutan menjadi penyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan jumlahnya semakin meningkat," katanya.
ADUN Bilut Lee Chin Chen pula mencadangkan supaya cukai pintu dan cukai tanah dikecualikan tiga tahun kepada pengusaha hotel, inap desa dan restoran selain pengecualian bayaran lesen kepada penjaja yang kekurangan pelanggan akibat pandemik COVID-19.
Lee berkata golongan petani juga wajar mendapat perhatian khusus kerana ada dalam kalangan mereka kerugian apabila tidak sempat mengutip hasil kebun atau menjual tanaman semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya mencadangkan supaya sesi pendaftaran dijalankan terhadap mereka dan pemberian bantuan seperti subsidi baja dan racun serangga mengikut keluasan tanah, sekali gus meringankan beban petani," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Young Syefura berkata beliau akan menjelaskan bayaran kompaun itu dalam masa terdekat dan pihak polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai. - Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Banjir lumpur Bentong: Penduduk gesa kerajaan segera kenal pasti punca
Penduduk sekitar lokasi insiden tanah runtuh di Jalan Kuala Lumpur - Bentong pada Ahad mahu kerajaan segera mengenal pasti punca kejadian terbabit.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
Young Syefura kekal ketuai Angkatan Muda Harapan Pahang
Kepimpinan baharu yang akan bersama Young Syefura dalam mengemudi sayap itu terdiri daripada tiga timbalan ketua.
Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera.
Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari sahkan diarah bayar kompaun
Young Syefura berkata beliau akan menjelaskan bayaran kompaun itu dalam masa terdekat dan pihak polis memaklumkan bahawa kes terhadapnya itu dianggap selesai.
Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis
Dalam satu kenyataan, Young Syefura memberitahu beliau hadir bersama peguamnya Syahredzan Johan.
Polis terima dua laporan dakwaan pelanggaran SOP oleh ADUN Ketari
Polis menerima dua laporan berhubung dakwaan ADUN Ketari Young Syefura Othman dilaporkan melanggar SOP PKPB.
Op Selamat: Pahang catat penurunan kes kemalangan maut
Jumlah kes kemalangan maut di Pahang sepanjang pelaksanaan Op Selamat ke-15 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menurun kepada 18 kes berbanding 22 kes pada operasi sama tahun lepas.