JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan syabas kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan yang telah diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular, baru-baru ini.
"Syabas. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor sudah mengambil tindakan," menurut hantaran di laman Facebook Pemangku Sultan Johor pada Selasa.
Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan, bahawa tindakan tegas dan hukuman yang seadilnya hendaklah dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawab mencemarkan kemuliaan nama Allah, tambahan lagi ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.
"Saya akan memastikan segala kekuatan perundangan berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 juga Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen dan undang-undang yang berkuat kuasa ketika ini dapat dikuatkuasakan bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan yang sewajarnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, CP M Kumar dalam kenyataan berasingan berkata, pihak polis telah merampas lima pasang stoking tertera kalimah Allah dalam satu serbuan dan pemeriksaan menyeluruh di sebuah kilang di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat.
Beliau berkata, kilang itu mendakwa stoking berkenaan telah diimport dari China dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A/505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"PDRM Johor menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan syabas kepada Majlis Agama Islam Negeri Joho dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan yang telah diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular, baru-baru ini.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi di sekitar kawasan Kandang, Melaka Tengah.
Ugutan bunuh: Dr Akmal buat laporan polis
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama.
Isu stoking tertera kalimah Allah: Syabas MAINJ, polis - Tunku Mahkota Ismail
Pemangku Sultan Johor ucap syabas kepada MAINJ dan PDRM atas tindakan yang telah diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular, baru-baru ini.
Isu stoking: Jangan beri muka pihak mainkan isu 3R - MIICCI
Kerajaan digesa mengheret pelaku yang menyentuh sensitiviti agama Islam ke muka pengadilan agar dikenakan hukuman berat termasuk mempertimbangkan untuk melucutkan kewarganegaraan mereka.