KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan laporan sebuah media Indonesia, mengenai pengambilan organ dalaman daripada seorang warga negara itu yang meninggal dunia, selepas dibedah siasat dijalankan pada 7 Dis lalu di Hospital Queen Elizabeth di sini.
Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata semua organ telah dikembalikan bersama jenazah dikenali Sadiman Hamal, 38, apabila ditemukan meninggal dunia di sebuah kapal pada 1 Dis lepas, sebelum disahkan kematiannya berpunca daripada jangkitan paru-paru dan sakit jantung.
Katanya setiap sampel tisu yang diambil adalah berukuran 1 inci x 1 inci (2.54 sentimeter x 2.54 sentimeter), dan pegawai perubatan forensik telah menerangkan kepada saudara mangsa bahawa beberapa sampel tisu kecil dari organ akan diambil, untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui punca kematian.
"Pihak hospital dimaklumkan polis, mangsa tidak mempunyai waris terdekat di negara ini namun polis berjaya mengesan beberapa individu yang mengaku saudara Sadiman, serta mengenali waris terdekatnya di Indonesia sebelum salah seorang daripada mereka membuat pengecaman mayat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Rose Nani berkata pegawai perubatan forensik yang mengendalikan bedah siasat itu telah menerangkan keputusan bedah siasat kepada saudara mangsa, dan individu berkenaan akan menyampaikan maklumat kepada waris mangsa di Indonesia.
Beliau berkata pihak majikan telah menguruskan proses penghantaran jenazah yang telah dimandikan dan dikafankan, sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 17 Dis dan jenazah selamat tiba di Indonesia pada 20 Dis lalu.
"JKNS menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan semua urusan bedah siasat serta proses penghantaran mayat mengikut garis panduan yang ditetapkan," katanya.
Baru-baru ini media Indonesia mendakwa jenazah yang berasal dari Polewali Mandar, Indonesia yang bekerja di Sabah, dihantar kepada waris tanpa organ dalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 25 2021
Lelaki itu meninggal dunia di sebuah kapal pada 1 Dis lepas, sebelum kematiannya disah berpunca daripada jangkitan paru-paru dan sakit jantung. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah
Gabungan itu dalam masa sama turut meminta supaya isu ini disiasat dengan kadar segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Cuaca panas: Orang ramai perlu ambil langkah pencegahan - Jabatan Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat atau mengalami cuaca panas supaya mengambil langkah pencegahan.
Selangor lapor satu kes kluster ILI di sekolah berasrama penuh di Gombak
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan satu kejadian kluster 'Influenza-Like-Illness' (ILI) yang melibatkan sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Gombak.
Beri maklumat lengkap semasa buat panggilan kecemasan - Pengarah Kesihatan Sabah
Orang awam diminta memberikan maklumat lengkap semasa membuat panggilan kecemasan agar pihak 'responder' di hospital di Sabah dapat bertindak dengan kadar yang munasabah.
Perkhidmatan dewan bedah di HQE ditunda ekoran gangguan elektrik
Pada masa ini, syarikat konsesi, Sedafiat masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.
Satu kematian disahkan rabies di Selangor pada 4 April - JKNS
Hasil siasatan dalam kalangan masyarakat setempat mendapati mendiang dilihat masih berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dua hari sebelum meninggal.
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
Dr Ooi Choo Huck terima lantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak baharu
Beliau menjawat jawatan itu pada 1 Mac yang lalu serta menggantikan pengarah terdahulu iaitu Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.
Sijil vaksin palsu: Tiada laporan penjawat awam Selangor terlibat - Dr Siti Mariah
Perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk mendapatkan laporan lengkap dalam tempoh terdekat.
Jabatan Kesihatan Sabah nafi ambil organ mayat warga Indonesia
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan laporan sebuah media Indonesia, mengenai pengambilan organ dalaman daripada seorang warga negara itu yang meninggal dunia.