PUTRAJAYA:Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membuka 21 kertas siasatan melibatkan 63 pertuduhan, termasuk 19 terhadap enam kumpulan syarikat Top Glove.
Ketua Pengarahnya Asri Ab Rahman berkata, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapati syarikat itu tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Menurutnya, kesalahan utama adalah syarikat itu gagal memohon Perakuan Penginapan daripada jabatan tersebut dan kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 24D Akta 446.
Tambah beliau, kegagalan itu membawa kepada kesalahan lain termasuk keadaan penginapan dan asrama yang padat, tidak selesa dan pengudaraan yang tidak sesuai.
BACA: Kerajaan nafi ada perjanjian rahsia dengan Top Glove
BACA: Vaksin: Top Glove jangka permintaan sarung tangan terus meningkat
“Kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, tindakan itu diambil berikutan operasi penguatkuasaan dilakukan serentak di kilang Top Glove di lima negeri pada 26 November lepas.
Negeri terbabit adalah Perak, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor.
"Kita dapati sesetengah subsektor juga gagal menyediakan penempatan yang kondusif kepada pekerja mereka selain tiada sijil layak menduduki (CF)," kata Asri.
Beliau berkata, sekiranya sabit kesalahan, majikan boleh didenda sehingga RM50,000 bagi setiap kesalahan dan boleh dipenjarakan.
BACA: Top Glove diarah saring, kuarantin 2,263 pekerja tinggal luar kawasan PKPD
BACA: Penutupan sementara operasi kilang, Top Glove akan beri kerjasama penuh
BACA: PKPD Top Glove: Pasukan khas ditubuhkan selaras gerak kerja
Dalam pada itu, Asri berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak akan berkompromi dengan ketidakpatuhan majikan terhadap akta itu.
“Kementerian menyeru majikan dan penyedia penginapan berpusat agar segera membuat Perakuan Penginapan,” ujarnya.
Akta 446 melalui pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019, serta diwartakan pada 18 September 2019.
Akta 446 (Pindaan) 2019 juga bertujuan menambah baik Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 yang disediakan JTKSM.
Penambahbaikan Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 itu antara lain meliputi standard ruang minimum kediaman, kemudahan asas bagi rumah dan pekerja serta elemen keselamatan dan kebersihan yang perlu dititikberatkan oleh majikan.
Ridauddin Daud
Tue Dec 01 2020

Kelihatan anggota tentera memasang kawad duri di hadapan asrama pekerja Top Glove di Meru, Klang, 16 Nov, 2020, susulan penularan COVID-19. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia
![[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir? [INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/39668803231611500103354/1887056_8967789641611500286089_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/35311973791611500103355/1887055_8967789641611500226468_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)

Agenda AWANI: Pakej PERMAI bantu rakyat dan perniagaan
Temu bual @najibaroff bersama Johan Mahmood Merican, Pengarah Belanjawan Negara @MoF mengenai pakej #PERMAI dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

Polis siasat dakwaan pesakit COVID-19 langgar kuarantin, bebas ke tempat awam
Menerusi Twitter, pesakit itu memberitahu ada keluar ke tempat umum beberapa kali, termasuk untuk membeli belah dan membeli makanan.

Warga emas gelang merah jambu habis minyak ketika ke hospital - Polis
Warga emas terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah, sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan.

"Ini adalah berita palsu" - Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Beliau dalam perkongsian di laman Twitter dan Instagram menafikan dakwaan berkenaan yang mengatakan beliau adalah calon PM bagi PRU ke 15.

Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove
Syarikat itu didapati tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).