IPOH: Wang hasil kutipan wakaf bukannya digunakan untuk membeli al-Quran, sebaliknya dibelanjakan untuk kegunaan diri sendiri dan melunaskan bil utiliti.
Demikian perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh seorang lelaki yang ditahan ketika membuat aktiviti kutipan wakaf al-Quran di hadapan sebuah bank di Meru Raya, di sini pada Jumaat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), lelaki berusia awal 40an itu mengaku boleh meraih pulangan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
"Lelaki itu ditahan ketika sedang membuat kutipan atas nama wakaf al-Quran.
"Dalam siasatan awal yang dijalankan, dia mengaku boleh meraih sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hasil kutipan 'wakaf al-Quran' daripada orang ramai.
"Dia juga mengaku wang tersebut tidak digunakan untuk membeli al-Quran bagi tujuan diwakafkan.
"Sebaliknya digunakan untuk membayar sewa rumah, bil utiliti, makan minum dan keperluan harian isteri dan empat orang anaknya," katanya pada Jumaat.
Ujarnya lagi, lelaki tersebut ditahan dan akan disiasat kerana disyaki telah melakukan kesalahan Kutipan Derma Tanpa Kebenaran di bawah seksyen 43 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.
Sehubungan itu katanya, semua individu atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat mahupun yayasan yang ingin membuat apa-apa kutipan derma /wakaf dengan tujuan manfaat dan kebaikan untuk orang Islam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Aida Aziz
Fri Feb 09 2024
Lelaki berkenaan mengaku boleh meraih sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hasil kutipan 'wakaf al-Quran' daripada orang ramai. - Foto JAIPk
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
JAIPk tahan lelaki guna kutipan wakaf al-Quran bayar bil, sewa rumah, raih RM1,000 sebulan
Lelaki berusia awal 40an itu mengaku boleh meraih pulangan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis
Konsep wakaf boleh diteliti sebagai gantian kepada skim pencen dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan negara.
Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas wakaf Tanah Perkuburan Islam Panji Alam, Kuala Terengganu.
Tekanan kos haji meningkat, wakaf mungkin jawapannya
Ia sekali gus dapat membantu golongan berpendapatan rendah merealisasikan impian menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Negara perlukan perubahan nilai dan sistem
Rakyat, terutama dari kalangan yang tidak mempunyai pekerjaan atau sedang menghadapi masalah kos sara hidup yang serius, perlu sedar bahawa pertukaran PM tidak bermakna kehidupan mereka akan berubah.
Khidmat van jenazah percuma 'Abang Pilot' diteruskan sepanjang PKPB
Mereka tetap menjadikan aktiviti sukarela dan perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah secara percuma sebagai kerja amal mereka termasuk mengkebumikan jenazah.
Manfaatkan World #QuranHour untuk berubah kepada nilai akhlak al-Quran
World #QuranHour diharap dapat melahirkan kesan kepada orang untuk sedar betapa indahnya Quran dan Quran adalah panduan untuk hidup dan panduan untuk mati.
Al-Quran suntik kekuatan spiritual, emosi depani COVID-19
Kakitangan dan pesakit HTAR, Klang dan IKN turut memanfaatkan sepenuhnya sumbangan wakaf al-Quran masing-masing berjumlah 160 naskhah untuk pengisian kerohanian serta rawatan penyembuhan emosi.
Wakaf Quran Mu'jam: Lebih 30,000 al-Quran berjaya dikumpul
Sumbangan dibuka sehingga hari ini berikutan WUIF terus menerima permohonan untuk mengaktifkan #QuranCorner.