TAIPING: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas dirasmikan, hari ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang merasmikan jajaran itu berkata, ia akan dibuka kepada semua kenderaan mulai jam 12.01 pagi Selasa.
Menurutnya, sempena pembukaan itu, pihak konsesi bersetuju menawarkan tol percuma bagi kedua-dua arah jajaran berkenaan selama dua bulan, sehingga 11 Mei depan.
“Kali ini lain daripada tempat-tempat lain... tempat lain kita bagi sebulan atau sebulan lebih sikit.
“Tol percuma kali ini yang panjang sehingga dua bulan kerana bulan pertama ini bulan Ramadan.
“Lepas itu kita meraikan Aidilfitri yang juga kira-kira sebulan. Jadi biarlah betul-betul dua bulan dari (tarikh) kita buka malam ini,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas WCE di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dan Pengarah Urusan West Coast Expressway, Lyndon Alfred Felix.
Pembukaan jajaran Seksyen 11 itu yang menelan belanja RM420 juta dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas yang akan mengambil masa 20 minit, berbanding 55 minit mengikut laluan biasa.
Lebuhraya WCE yang keseluruhannya bernilai RM5 bilion merupakan lebuh raya antara bandar, menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor sepanjang 314.5 kilometer.
Dalam pada itu, Alexander memberitahu, perjanjian konsesi Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sepanjang 60 kilometer akan ditandatangani pertengahan tahun ini.
Pembinaan WISE akan menjadi pelengkap kepada jajaran lebuh raya di Perak yang sering berdepan kesesakan teruk, terutama di laluan berhampiran Terowong Menora.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Mar 11 2024
Alexander dan Saarani pada majlis perasmian pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas WCE hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Jajaran WCE di Perak siap sepenuhnya, tol percuma dua bulan
WCE siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas dirasmikan, hari ini.
Pembinaan jajaran Seksyen 11 WCE capai 99.33 peratus
Kemajuan jajaran Seksyen 11 Lebuh Raya WCE di Persimpangan Beruas - Persimpangan Taiping Selatan yang bersambung dengan Lebuhraya PLUS di Persimpangan Changkat Jering telah mencapai 99.33 peratus.
Projek Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini.
Laluan Seksyen 6 WCE dibuka tengah malam ini, pengecualian tol hingga 2 Jan
Laluan di persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka kepada pengguna bermula pada 12.01 tengah malam ini.
Laluan Banting-Taiping WCE dibuka awal 2024 secara berperingkat - Nanta
Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting dan Taiping dijangka dibuka secara berperingkat awal tahun depan.
Pembinaan WCE bukan punca banjir di Kampung Asahan
Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Kampung Asahan, Kuala Selangor bukan penyebab banjir besar yang melanda kampung itu pada 19 September 2021.
4 pekerja kontrak di Pangkalan TLDM Lumut rentung, kereta terbakar di WCE
Menurut Pengarah JBPM Perak, maklumat awal menunjukkan, kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bekerja di Lumut.
Lebuh raya Pesisiran Pantai Barat bakal ubah landskap pelancongan Perak
Pembukaan Seksyen 11 iaitu dari Beruas ke Taiping Selatan serta penghujung lebuh raya di Selangor akan melancarkan perjalanan pengguna.
Laluan Beruas-Taiping Selatan WCE dibuka hujung tahun ini, sedia alternatif ke utara
West Coast Expressway Sdn. Bhd (WCESB) menyasarkan empat lagi seksyen Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan beroperasi hujung tahun ini.