GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan RM450,000 tahun ini bagi membina sistem bekalan air terawat di Kampung Orang Asli Merlong, di sini, menggunakan sumber telaga tiub.
JAKOA dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, pembinaan telaga itu merupakan penyelesaian jangka pendek bagi permasalahan penduduk yang berhadapan ketiadaan air di Kampung Merlong.
Menurut kenyataan itu, masalah ketiadaan air berlaku disebabkan ketiadaan sumber air tandak (gravity feed system) yang lebih ekonomik.
"Untuk makluman, mereka kini berkongsi sumber air bersih alternatif JAKOA bersama Kampung Orang Asli Jenut, Kampung Orang Asli Mangsok dan Kampung Orang Asli Cengkelik dengan jumlah Ketua Isi Rumah seramai 36 keluarga bersamaan 150 orang penduduk," menurut kenuyataan itu.
Menurutnya, bagi penyelesaian jangka panjang, penduduk di kawasan itu bakal menerima projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) retikulasi daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
JAKOA berkata, projek BALB telah bermula dengan melibatkan seluruh perkampungan Orang Asli RPS Kuala Betis.
Menurutnya, status terkini projek adalah di peringkat penilaian harga daripada konsultan yang dilantik.
Sebelum ini, media melaporkan 4,000 penduduk Orang Asli mendakwa hanya menerima air bersih sekali dalam tempoh sebulan. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan RM450,000 tahun ini bagi membina sistem bekalan air terawat di Kampung Orang Asli Merlong, menggunakan sumber telaga tiub.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.
Perkhidmatan telekomunikasi di Pos Lemoi, Telimau pulih
Perkhidmatan telekomunikasi di dua penempatan Orang Asli, iaitu Pos Lemoi dan Pos Telimau di Cameron Highlands pulih sepenuhnya hari ini.
Kabel gentian optik putus akibat tanah runtuh, punca gangguan komunikasi
Fadzli berkata antara yang terkesan dengan gangguan komunikasi itu ialah penduduk Pos Lemoi dan Pos Telimau yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Ringlet.
JAKOA kaji Akta 134 perkasa masyarakat Orang Asli
Kajian dan sesi libat urus bagi memperkasakan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sedang giat dilaksanakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kata Ketua Pengarahnya Datuk Sapiah Mohd Nor.
PRN: Ahmad Zahid harap pihak berkuasa pantau aktiviti pancing undi
Ahmad Zahid berharap pihak berkuasa dapat memantau aktiviti 'memancing undi' dengan wang ringgit, menjelang hari pengundian PRN, Sabtu ini.
Pekebun Orang Asli jual keledek guna TikTok, Facebook
Seorang pekebun Orang Asli yang mengusahakan keledek di Kampung Redip, Pos Hau di sini, meraih permintaan tinggi menerusi platform media sosial TikTok dan Facebook.
Sasar 400 anak Orang Asli ke universiti - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli akan melanjutkan pengajian di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta tahun ini.
Orang Asli Gua Musang rayu peminat sukan lasak 4x4 hentikan aktiviti
Penduduk mengalami kesukaran walaupun hanya bermotosikal untuk keluar masuk berikutan jalan rosak teruk akibat dilalui kenderaan tersebut.
Kajian pindaan Akta Orang Asli 1954 dimulakan tahun ini - Mahdzir
Kajian itu perlu dibuat untuk memastikan terdapat peruntukan seksyen bersesuaian dalam akta bagi mendepani isu semasa.