Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak petang semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon, di kilometer 21 Jalan Penampang-Tambunan dekat sini hari ini.
Kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu itu mengakibatkan jalan itu ditutup sementara kepada lalu lintas.
Ketua Polis Penampang DSP Ratan Kumar Singh berkata tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
"Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Kimanis-Keningau," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin dalam satu kenyataan berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.04 pagi dan sepasukan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Penampang tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Datuk John Anthony berkata pihaknya telah menutup keseluruhan jalan dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas.
"Kerja membaiki jalan Penampang-Tambunan sedang dijalankan dan jalan itu dijangka boleh dilalui semula kira-kira 7 malam ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.
Mengenai kejadian tanah runtuh membabitkan Jalan Merakau, Ranau, dekat sini malam semalam, John berkata jalan itu telah siap dibaiki dan kini boleh dilalui pengguna.
Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 8 dan 11 malam membabitkan bahagian jalan yang dalam pembinaan.
Bernama
Fri May 31 2013
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
RM20 juta kos baiki cerun, Bukit Larut masih ditutup atas faktor keselamatan
Sebanyak RM20 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan susulan tanah runtuh di pusat peranginan Bukit Larut di sini sejak tahun 2020.
JKR akan bina jalan sementara di Kampung Seberang Janggut - Nanta
Alexander Nanta Linggi berkata beliau telah dimaklumkan oleh JKR Jajahan Jeli bahawa jalan yang terlibat adalah jalan kampung di bawah pejabat daerah.
Jalan utama Felda Selancar, Perwira Jaya di Rompin ditutup
Polis Rompin dimaklumkan mengenai keadaan jalan yang terletak berhampiran pondok polis bantuan itu pada 4 pagi ini.
Banjir Terengganu: Hampir 50 meter jalan Kampung Lubuk Panjang runtuh
Hampir 50 meter jalan di Kampung Lubuk Panjang di Chalok, Setiu runtuh berikutan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak dua hari lalu.
Jalan Melekun-Mujong Kapit runtuh, lencongan sementara siap dibina
Satu jalan lencongan sementara siap dibina bagi melancarkan perjalanan penduduk Kapit yang terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Melekun-Mujong pada Selasa.
Jalan Paitan-Kanibongan mendap, rosak teruk akibat tanah runtuh
Jalan raya Paitan ke Kanibongan terputus hubungan akibat tanah runtuh di Kilometer 127.5, berdekatan Kampung Kubambangan, pada Selasa malam.
Jalan rosak, pembetung runtuh gara-gara hujan berterusan
Kejadian itu juga menyebabkan lebih 10 buah rumah penduduk ditenggelami air sedalam satu meter.
Jalan runtuh Mersing: 'Laluan alternatif terlalu jauh' - Penduduk
Penduduk Jemaluang berharap pihak bertanggungjawab tidak mengambil masa yang lama untuk membaiki jalan terbabit.
Jalan Penampang-Tambunan ditutup sementara akibat tanah runtuh
Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak petang semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Babagon, KM 21 Jalan Penampang-Tambunan.