PUTRAJAYA: Perjanjian penyelesaian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang dimeterai baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik bagi meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata setiap pemimpin tidak kira dari parti mana perlu bersikap bertanggungjawab dalam perkara yang disampaikan kepada pengundi dan tidak harus ambil kesempatan daripada isu yang tidak benar.
“Adalah sangat mendukacitakan dan malang apabila isu-isu penting yang berkaitan kedaulatan negara dimanipulasi sedemikian rupa bagi menagih dan meraih dukungan politik yang kita sedia maklum mungkin disebabkan PRN dan sebagainya.
“Sekiranya timbul sebarang keraguan, pihak terlibat boleh merujuk perkara itu kepada Parlimen atau kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah memberi penjelasan di Dewan Rakyat baru-baru ini,” katanya semasa Sesi Libat Urus Bersama Media mengenai Triti Persempadanan Laut Wilayah Di Kawasan Paling Selatan Selat Melaka dan Triti Persempadanan Laut Wilayah (Separa) di Laut Sulawesi Antara Malaysia dan Indonesia, di sini, pada Khamis.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Amran Mohamed Zin dan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Mohammad Zaki Mohd Ghazali.
Beliau berkata walaupun perdana menteri sudah memberikan fakta berasaskan apa yang ditandatangani sebelum ini, namun ia tetap dijadikan sebagai bahan politik, ceramah politik dan bahan di media sosial bertujuan memberi gambaran buruk seolah-olah kerajaan hari ini mengorbankan wilayah Malaysia kepada Indonesia.
Zambry dalam pada itu berkata Wisma Putra sudah membuat laporan polis minggu lepas berhubung penularan Nota Memorandum Daripada Menteri Luar Negeri Penyelesaian Isu Sempadan Maritim Malaysia-Republik Indonesia yang menurutnya adalah palsu.
“Kita memandang serius kerana ada perkara yang disampaikan dalam kertas tu tidak benar, malah penggunaan peta yang sepatutnya dirahsiakan, diambil dan penceritaan yang tidak benar, naratif yang diberikan seolah-olah ia adalah nota daripada Menteri Luar, sebenarnya adalah palsu.
“Kerajaaan memandang serius hal ini kerana ia berkaitan kerahsiaan bahan-bahan maklumat yang tidak boleh didedahkan dan termasuk juga penularan maklumat palsu yang dikatakan daripada kementerian dan menteri,” katanya.
Beliau berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap penyebaran nota memorandum itu.
“Ia dilakukan mereka tidak bertanggungjawab, ini bukan kerja orang biasa sebab itu kita melihat ia ditulis seolah-olah begitu teknikal, siapa yang tidak faham aspek itu akan percaya dengan semua kandungan yang disampaikan,” katanya.
Sementara itu, Mohammad Zaki berkata Malaysia menjangka isu garisan sempadan Triti Laut Sulawesi dari timur persisir pantai Pulau Sebatik dapat dimuktamadkan Jun 2024.
“Ada perkara yang sedang dirundingkan yang tidak boleh didedahkan. Di kawasan Pulau Sebatik ada kawasan yang belum kita persetujui, sejauh1.8 kilometer (km), ia belum dipersetujui secara bersama.
“Jika pertikaian berkenaan garis sempadan 1.8 km itu tidak dapat disepakati menjelang Jun depan, kita akan teruskan rundingan itu dan proses perundingan perlu berasaskan undang-undang antarabangsa yang ada,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Zambry berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap penyebaran nota memorandum itu. - Gambar fail/Bernama
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Pelajar M40 kurang berkemampuan layak manfaat Program Siswa Sulung - Zambry
Program ini menyediakan pengecualian yuran pengajian dan penginapan untuk anak sulung daripada keluarga yang tidak berkemampuan.
Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.
Akta Harmoni Keagamaan, AI untuk Rakyat dan gejala rempit tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbahasan Dewan Rakyat hari ini tumpu pada Akta Harmoni Keagamaan, program AI, bekalan tenaga hijau dan langkah atasi gejala rempit.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Parlimen: Komitmen kerajaan ke atas syarikat memonopoli bekalan ubat akan dibatal
Kerajaan akan membatalkan komitmen pembelian ubat dengan beberapa syarikat yang memonopolikan pembekalan itu.