awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan tuding jari cari siapa yang salah - Bung Moktar

Bernama
Bernama
23/11/2022
20:11 MYT
Jangan tuding jari cari siapa yang salah - Bung Moktar
BUNG MOHTAR: Orang yang kalah perlu menerima kekalahan dan tidak perlu menyalahkan orang lain. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) harus bertanggungjawab dengan keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukannya menuding jari mencari siapa yang salah, kata Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Justeru, beliau berkata gesaan MCA supaya Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan adalah keterlaluan.
"Orang yang kalah perlu menerima kekalahan dan tidak perlu menyalahkan orang lain. Saya fikir MCA keterlaluan apabila meminta Presiden mengundur diri," katanya ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini pada Rabu.
Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata MCA seharusnya menghormati UMNO yang telah membantu parti komponen itu memenangi dua kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam dan Tanjung Piai di Johor.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata MCA perlu mengambil tanggungjawab kerana kegagalan parti itu mendapatkan sokongan dan memenangi kawasan majoriti pengundi Cina pada PRU15.
Terdahulu, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon berkata MCA percaya bahawa Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai pengerusi dan menggesa beliau meletakkan jawatan secara terhormat.
Pada PRU15 Sabtu lepas, BN hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi, kekalahan paling buruk dalam sejarah parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#MCA
#Bung Moktar Radin
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan