Calon DAP-Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berjanji akan menyuarakan isu harga barang naik di Parlimen sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya kecil pada 31 Mei nanti.
"Jika pengundi Teluk Intan memberikan peluang kepada saya untuk mewakili rakyat Malaysia di Parlimen, isu pertama yang saya akan bentangkan dalam ucapan saya adalah isu harga barang naik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berpendapat, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bercakap benar apabila mereka berkata bahawa ia tiada pilihan lain kecuali menaikkan harga barang.
Jelas Dyana, berdasarkan kajian yang dibuat DAP, sebanyak 50 peratus pengundi merasakan isu harga barang sebagai satu isu yang sangat penting manakala 16 peratus merasakan rasuah sebagai isu yang penting.
"Walaupun isu ini jelas merupakan isu yang paling penting bagi rakyat Teluk Intan, tetapi kerajaan Barisan Nasional langsung tidak bersimpati dan memberikan keprihatinan untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Selain itu, beliau turut kesal dengan kenyataan tindakan kerajaan yang bersetuju dengan keputusan menaikkan tarif elektrik demi menyelamatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari mengalami kerugian.
"Saya berasa amat menyesali pendirian Perdana Menteri kerana nampaknya keuntungan Tenaga Nasional Bhd adalah lebih penting daripada penderitaan rakyat jelata. Apatah lagi, penyata kewangan TNB menunjukkan secara jelas keuntungan berbilion-bilion setiap tahun sebelum ini," kata Dyana.
Beliau mempersoalkan ketuntungan organisasi itu yang menurutnya telah mencapai keuntungan bersih RM4.4 bilion pada tahun 2012 dan RM4.6 bilion pada tahun 2013.
"Adakah keuntungan ini masih tidak mencukupi?" soal Dyana sambil mengkritik sikap kerajaan yang didakwanya tidak mengambil tindakan yang keras kepada pihak-pihak yang benar-benar menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Malaysia.
Katanya penyelewengan serta kerakusan yang berlaku seperti yang dilaporkan akhbar tempatan tentang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyita RM1.5 juta milik pegawai terlibat seludup diesel bersubsidi, menjadi punca bil subsidi yang menjadi tinggi dan beban kerajaan menjadi berat.
"Akhirnya, yang terpaksa menanggung ketirisan dan kelalaian kerajaan Barisan Nasional, adalah rakyat jelata Malaysia," kata Dyana.
Tambahnya, kerajaan mampu mengurangkan keutamaan yang diberikan kepada keuntungan berbilion-bilion ringgit setiap tahun syarikat TNB, dan pada masa yang sama, menghapuskan rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan untuk mengurangkan kos bahan api.
Haider Yutim
Tue May 20 2014
Calon DAP-Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.