IPOH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, beliau sama sekali tidak bersedih jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ini adalah kerana fokusnya kini tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab hakiki sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang.
"Will i be sad? (Adakah saya akan bersedih?). Semua sedia maklum walaupun saya pernah jadi Menteri Besar Perak dan sekarang tidak lagi pegang jawatan itu, saya percaya semua orang boleh nampak yang saya tidak bersedih.
"Malahan saya tambah semangat untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam apa juga kapasiti, sekarang saya kembali dalam kapasti sebagai Ahli Parlimen Tambun dan ADUN Chenderiang.
"Dua tanggungjawab ini pun sudah cukup besar dan banyak dan kadang-kadang tak cukup masa untuk saya berikan perkhidmatan yang sebaik mungkin, jadi saya fikir untuk menjawab soalan itu, saya tak rasa saya akan sedih," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang media secara maya selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.
Selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu, tumpuan negara kini terarah pada susunan Jemaah Menteri.
Pelbagai spekulasi mula dicanang dalam kalangan ahli politik berhubung senarai nama menteri Kabinet termasuk kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pada Isnin, Ismail Sabri memaklumkan, senarai nama menteri Kabinet beliau akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: Senarai menteri Kabinet diumum minggu ini - PM
BACA: Tidak timbul isu kerajaan perpaduan - Ismail Sabri
Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, beliau akan tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam menerajui pentadbiran negara.
"Saya sangat gembira apabila Perdana Menteri dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil, kerajaan yang boleh mengeluarkan negara kita daripada kesengsaraan ekonomi dan kesusahan dalam perihal sosial yang tidak dapat bergerak bebas.
"Saya akan tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Ismail Yaakob sebagai Perdana Menteri yang akan menubuhkan barisan Kabinetnya… saya akan sentiasa memberi kerjasama penuh kepada sesiapa juga yang bakal dilantik," katanya lagi.
Aida Aziz
Wed Aug 25 2021
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, beliau sama sekali tidak bersedih jika tidak dilantik menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri. - Gambar fail BERNAMA
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Kesetiaan saya kepada Muhyiddin masih utuh - Peja
Beliau menjelaskan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana pihak lawan atau menyokong kepimpinan Kerajaan Persekutuan sedia ada.
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
Beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Pengerusi PN Negeri Sembilan: 'Peja seolah-olah tidak lagi berminat' - Rafie
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: PH perlu berlapang dada, serah kerusi MB kepada Jalaluddin - Peja
UMNO yang menang banyak kerusi di Negeri Sembilan seharusnya diberi jawatan Menteri Besar, cadang Peja.
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.
Kenyataan kerajaan Pusat akan bertukar jika PN menang PRN tidak betul - Ramkarpal
Ramkarpal berkata sekiranya gabungan pembangkang itu menang di enam negeri pada PRN ini, ia tiada kaitan dengan kedudukan kerajaan Pusat.