KUALA LUMPUR:Wakil-wakil pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 diharap dapat bersikap profesional.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan menegaskan ini supaya wakil-wakil pembangkang tidak membuat keputusan yang hanya berpandukan nafsu politik.
“Pada 21 Januari lalu, pembangkang sudah awal-awal lagi mengatakan bahawa walaupun mereka menghantar wakil ke dalam jawatankuasa, mereka kekal dengan pandangan mahu darurat ditamatkan.
“Semoga dengan pengumuman ini, wakil-wakil pembangkang akan menjadi lebih profesional.
“Jangan pula sebelum dapat pembentangan data dan maklumat sudah ada keputusan yang hanya berpandukan nafsu politik,” kata Wan Saiful menerusi satu entri di laman Facebook peribadinya pada Selasa.
BACA: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat perlu ada peranan lebih luas - REFSA
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata pembentukan jawatankuasa itu juga menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serius dalam memastikan nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah tepat dan dipandu data.
“Semua nama yang diumumkan adalah mereka yang berkaliber dan berintegriti.
“Tidak ada sesiapa yang boleh mempersoal kredibiliti ahli jawatankuasa yang diumumkan ini.
“Bilangan ahli Parlimen kerajaan hanya sebahagian kecil sahaja, manakala majoritinya adalah tokoh profesional,” katanya.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Tiga ahli Parlimen pembangkang yang dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pada Januari lalu, Muhyiddin memaklumkan jawatankuasa tersebut ditubuhkan bagi menjamin pelaksanaan darurat adalah adil dan telus.
Isabelle Leong
Tue Feb 09 2021
WAN SAIFUL: Tidak ada sesiapa yang boleh mempersoal kredibiliti ahli jawatankuasa yang diumumkan ini. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tun Arifin selesai menghadap Agong selepas lebih sejam
Beliau terus berlalu melalui pintu 2 tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pengamal media.
Kerajaan iktiraf penuh kewujudan, fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 - Takiyuddin
Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan beliau sebelum ini tentang peranan kerajaan dari segi Perlembagaan telah dipetik di luar konteks.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat boleh nasihati Agong tamatkan segera darurat - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan berkenaan adalah perkara yang paling tepat tatkala Dewan Rakyat dijangkakan dapat bersidang tidak lama lagi.
Mana wakil belia dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat? - MBM
MBM menegaskan keperluan untuk wakil belia menganggotai jawatankuasa tersebut terutama kerana golongan itu antara yang terkesan akibat darurat.
Tun Arifin janji laksana tanggungjawab sebaik mungkin
Pelantikan Arifin dan 18 individu lagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat: Harap pembangkang bersikap profesional - Wan Saiful
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan berharap wakil-wakil pembangkang tidak membuat keputusan yang hanya berpandukan nafsu politik.