KUALA LUMPUR : Jenazah tokoh korporat ternama, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, kira-kira pukul 3 petang.
Van membawa jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang selepas selesai disembahyangkan di kediaman Allahyarham di Damansara Perdana, di sini, yang disertai lebih 200 jemaah.
Lebih memilukan, van jenazah yang ‘mengiringi’ perjalanan terakhir pengasas syarikat hartanah, MK Land itu merupakan sumbangan Allahyarham kepada kariah pada tahun 2019.
Suasana sedih menyelubungi majlis pengebumian dan sebaik selesai talkin dibacakan, rata-rata yang hadir kelihatan sebak ketika menyiramkan air di atas pusara Allahyarham.
Allahyarham meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.45 pagi, Isnin akibat sakit tua.
Allahyarham yang berusia 73 tahun, dimasukkan ke IJN tiga hari lalu selepas mengadu sakit dada.
Beliau meninggalkan isteri Puan Seri Wan Nong Wan Ibrahim, tiga anak perempuan Felina, Datuk Fazwirnna dan Farah Mahami serta seorang anak lelaki Ahmad Khalif dengan 15 cucu.
Terdahulu, antara yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Umavathi Ramayah
Mon Jul 25 2022
Van membawa jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada kira-kira pukul 2.30 petang selepas selesai disembahyangkan di kediaman Allahyarham di Damansara Perdana. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Jenazah Mustapha Kamal selamat dikebumikan
Allahyarham meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.45 pagi, Isnin akibat sakit tua.
Mengenang Mustapha Kamal: Arwah sokong usaha MPI bangunkan kewartawanan - Chamil Wariya
Pengasas pemaju hartanah Emkay, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal, merupakan individu yang sangat menghargai peranan media dalam perniagaannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif MPi Datuk Chamil Wariya.
Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.
Jenazah Mustapha Kamal dijangka dikebumi selepas solat Zohor
Jenazah tokoh korporat ternama, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini selepas solat Zohor.
Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia
Pengasas syarikat hartanah MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara awal pagi Isnin.