awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Jerebu: Kualiti udara merosot, aktiviti terganggu, sekolah ditutup, netizen bimbang

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
04/10/2015
07:31 MYT
#Jerebu: Kualiti udara merosot, aktiviti terganggu, sekolah ditutup, netizen bimbang
Situasi jerebu di negara ini bertambah kritikal dengan Shah Alam mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya.
Rakyat Malaysia menerusi media sosial menyatakan rasa bimbang berikutan situasi jerebu di negara ini yang semakin kritikal.
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 9 pagi tadi menunjukkan Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi dengan IPU 308 iaitu pada tahap berbahaya.
Lima lagi kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatat di Batu Muda, Kuala Lumpur (271), diikuti Petaling Jaya, Selangor (256), Banting, Selangor (249), Pelabuhan Kelang, Selangor (243) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (235).
Sekolah
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di seluruh malaysia tutup selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Oktober 2015.
Bagaimanapun, arahan itu dikecualikan kepada sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.
Shah Alam
Penduduk di Shah Alam kini mula panik dan risau berikutan bacaan IPU yang mencecah tahap berbahaya pada jam 9 pagi, hari ini.
Mereka mula menyatakan rasa bimbang terhadap kualiti udara yang semakin merosot. Selain itu, kesihatan turut menjadi topik hebat di kalangan rakyat Malaysia.
take care u people in Shah Alam . Haze just getting so much worse and now hit the hazardous level . Stay indoors and drinks a lot of water!
— #LoveisADonut# (@Ezarukhism) October 4, 2015
hope everyone at shah alam are doing fine #haze
— farah (@nurfarahizzati_) October 4, 2015
IPU in Shah Alam reaches 308! Lock yourself inside and cut off all outside activities. Make sure to drink enough water loved ones! TC /p>— NN (@nabihanajlaa) October 4, 2015
Shah alam 308 Gaiss ayuh duduk rumah pic.twitter.com/FsQKoYnJn3
— Keroro (@MohdKhaaairul) October 4, 2015
Petaling jaya, shah alam ipu dh merbahaya. Tak payah byk cerita, tutup jela sekolah dgn segala kilang yg ada /p>— - (@WawaAzua) October 4, 2015
Jerebu kat Shah Alam. Teruk sgt dah uiii pic.twitter.com/tHGJpnGykh
— Lilydia (@lilyahmad95) October 4, 2015
Sementara itu, operasi pembenihan awan (OPA) bagi kawasan terjejas jerebu, khususnya di Shah Alam tidak dapat dilaksanakan buat masa ini berikutan jarak penglihatan berkurangan dan membabitkan risiko keselamatan. BACA: Jerebu: Shah Alam catat bacaan IPU berbahaya
Selangor
Semua aktiviti penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang (LTSAAS) terpaksa ditutup pada pukul 7 pagi pagi tadi lantaran jarak penglihatan yang kurang daripada 400 meter.
Lantaran penutupan LTSAAS, 18 penerbangan pelepasan dan 4 penerbangan ketibaan melibatkan 790 penumpang terjejas.
Bagaimanapun, ia kembali beroperasi seperti biasa pada jam 9.15 pagi.
BACA: Jerebu meruncing, beberapa lapangan terbang ditutup
Putrajaya
Program berbasikal 'Putrajaya Inter-Park Ride' yang dijadual berlangsung di Taman Wetland, hari ini dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.
BACA: Putrajaya Inter-Park Ride dijadual berlangsung esok dibatal berikutan jerebu
Kuala Lumpur
Acara larian Standard Chartered KL Marathon 2015 yang dijadual berlangsung hari ini juga telah dibatalkan susulan kualiti udara di sekitar ibu negara berada pada tahap tidak sihat.
Dalam satu kenyataan, penganjur acara tahunan itu memaklumkan keputusan dibuat atas nasihat pasukan perubatan, Kesatuan Olahraga Malaysia dan Institut Sukan Negara (ISN).
BACA: Acara larian Standard Chartered dibatalkan akibat jerebu
Lain-lain
Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Alor Setar, Kedah juga terpaksa ditutup susulan jerebu.
LTSAS dan LTSAH kembali beroperasi secara berperingkat sejak pukul 10 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Malaysia
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan