Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diarah untuk menyiasat dakwaan penderaan seorang kanak-kanak oleh pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Melati di sini seperti dilaporkan media Jumaat lepas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar) berkata, JKM tidak menerima sebarang aduan mengenai kes berkenaan, dan pihaknya mendapati aduan itu dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
"Semakan awal mendapati Taska itu tidak berdaftar. Siasatan segera akan dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Rohani menegaskan kementerian melalui JKM yang mengawal selia Taska amat memandang serius aspek keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak di Taska.
Sehingga bulan lepas, sebanyak 2,910 Taska berdaftar dengan JKM berbanding 819 pada tahun 2011, katanya.
Rohani berkata mana-mana Taska yang dikenal pasti tidak berdaftar atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan, JKM akan mengeluarkan surat peringatan dan memberi khidmat nasihat mengenai prosedur serta standard minimum untuk pendaftaran Taska.
"Sekiranya pengusaha berkenaan masih gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang diberi, kertas siasatan akan dibuka bagi membolehkan tindakan pematuhan diambil seperti kompaun, tutup sementara, pembatalan pendaftaran dan pendakwaan," katanya.
Bernama
Mon Nov 04 2013
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut
Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di Petaling Jaya.
Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.
Kanak-kanak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris
Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lepas akan menerima rawatan terlebih dahulu, sebelum diserahkan kepada waris.
Pekerja jagaan didakwa dera, rogol 91 kanak-kanak
Seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak di Australia didakwa dengan 1,623 pertuduhan mendera 91 kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan rogol dan 110 pertuduhan persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah
Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah
Noor Shafina Abdul Khair, 26, dan Wan Suhaila Mior Khir, 32, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu.
Kes dera lima kanak-kanak: Pengurus, dua guru taska ditahan
Polis menahan seorang pengurus dan dua guru taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Meru Perdana 2 di sini, bagi membantu siasatan kes dera lima kanak-kanak di taska berkenaan.
Penderaan kanak-kanak lelaki, suami isteri didakwa semula di mahkamah
Pasangan itu didakwa atas pertuduhan baharu kerana kecuaian yang menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak berkenaan.
Dera anak teman wanita: Tukang kebun didakwa di mahkamah
Seorang tukang kebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana mendera anak teman wanitanya yang berusia empat tahun, sejak April lepas.
Tempoh reman suspek kes dera kanak-kanak dilanjut
Permohonan reman disambung bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya
Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.