Kerajaan Negeri Johor akan memperkenalkan sistem pendidikan agama moden yang bersifat lebih komprehensif dan seimbang, menurut Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.
Katanya, sistem pendidikan interaktif yang menggunakan aplikasi digital itu melibatkan tiga fasa dengan kos keseluruhan sebanyak RM14 juta.
Pada masa kini, dua buah sekolah sedang menjalani proses percubaan sebelum ia diperluas ke semua 600 buah sekolah agama di negeri ini pada tahun depan.
Dua sekolah berkenaan, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (Maahad) dan Sekolah Agama Bandar di Johor Bahru, menggunakan peranti tablet dengan lebih meluas.
“Pengisiannya seperti, (belajar) cara mengambil wuduk melalui i-pad, aplikasi. Begitu juga dengan yang lain-lain seperti pembangunan konten, pengaplikasian konten dan sebagainya.
"Ia supaya menarik minat, supaya sekolah agama juga selari dengan sekolah-sekolah sedia ada,” katanya pada satu sidang media ketika merasmikan lima Sekolah Agama Johor di Sekolah Agama Parit Bingan Ayer Hitam, di sini.
Sementara itu, Mohamed Khalid berkata, kerajaan negeri juga akan mengumumkan beberapa langkah berterusan untuk memantapkan pendidikan agama di Johor.
Dalam perkembangan lain, beliau melahirkan rasa puas hati terhadap Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) kerana berjaya membina dan membaik pulih kesemua 77 buah sekolah agama kerajaan di negeri itu dengan kos RM167.9 juta, menerusi fasa 1 hingga 4, yang terbengkalai sejak 2013.
Manakala, bagi fasa kelima, sebanyak 30 buah sekolah agama kerajaan Johor akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM85.5 juta.
Jelasnya, kejayaan itu merupakan pencapaian yang membanggakan bagi negeri Johor.
Astro Awani
Fri Jul 14 2017
Mohamed Khalid berkata, kerajaan negeri juga akan mengumumkan beberapa langkah berterusan untuk memantapkan pendidikan agama di Johor. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Rakyat Trustee Berhad perkenal aplikasi digital
Pendigitalan bertujuan menyelaraskan dan menjadikan produk dan perkhidmatan RTB, mesra pelanggan, efisien serta diuruskan secara dalam talian sepenuhnya.
KPDN tambah baik aplikasi 'price catcher' untuk tarik lebih ramai pengguna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menambah baik aplikasi mudah alih "Price Catcher" dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengguna aplikasi tersebut.
Projek NIISe akan diserah kepada Jabatan Imigresen pada 2024
Kerjasama teknologi adalah perlu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan untuk memodenkan Jabatan Imigresen.
India desak Google banteras aplikasi pinjaman wang haram
Google sudah beberapa kali dipanggil dalam tempoh beberapa bulan lalu dalam mesyuarat bersama bank pusat dan pihak pemerintah.
Ajaran syiah melalui aplikasi digital al-Quran akan ditangani sewajarnya - Hamzah
Terdapat aplikasi digital al-Quran yang mengandungi penyelewengan atau tafsiran yang menyimpang.
Sarawak Multimedia Authority bekalkan alat pengesan COVID-19
Sarawak Multimedia Authority akan membekalkan satu alat pengesan kepada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam mengesan individu yang mempunyai simptom COVID-19.
Johor akan perkenal sistem pendidikan agama moden - MB
Katanya, sistem pendidikan interaktif yang menggunakan aplikasi digital itu melibatkan tiga fasa dengan kos keseluruhan sebanyak RM14 juta.