JOHOR BAHRU: Johor membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan masjid dan surau yang terpilih di negeri Johor mulai 7 November.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin, semalam.
Menurut kenyataan itu keputusan terbabit telah mendapat perkenan, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Fasal 57(A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.
"Sebanyak 105 dewan masjid dan surau yang terpilih seluruh negeri Johor membabitkan 91 masjid dan 14 surau.
"Selain itu akad nikah juga dibenarkan dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Pejabat Kadi Daerah, dewan dan balai raya.
"Pelaksanaan majlis akad nikah ini hendaklah diwajibkan mematuhi protokol kesihatan umum yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagaimana dalam SOP Majlis Sosial Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.
"JAINJ akan mengeluarkan pekeliling terkini berkaitan majlis akad nikah ini dalam tempoh terdekat," katanya.
Kenyataan itu turut menyatakan kebenaran pelaksanaan aktiviti pengimarahan masjid dan surau negeri Johor dalam tempoh PPN Fasa 4, dengan syarat bermula hari ini.
Katanya bagi program membudayakan Al-Quran, kuliah Maulidur Rasul, kuliah umum, kuliah khas, kuliah dhuha, kuliah zohor dan kuliah Jumaat, taklimat dan kursus, mini forum adalah dibenarkan, tetapi terhad dalam tempoh satu jam sahaja.
"Penceramah hanyalah yang bertauliah dalam negeri Johor sahaja sama ada kuliah secara bersemuka atau secara atas talian (online).
"Begitu juga bagi majlis zikir, selawat, program wirid dan tarikat, dibenarkan dalam tempoh satu jam dan terhad kepada ahli kariah dalam daerah sahaja. Mesyuarat dan progam gotong-royong pembersihan masjid dan surau adalah dibenarkan.
"Namun program yang melibatkan bermalam adalah ditangguhkan sehingga suatu arahan lain akan dimaklumkan," tambah kenyataan itu.
Bagi kehadiran pegawai, ahli jawatankuasa pengurusan kariah Masjid dan Surau, penceramah serta jemaah bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau adalah kepada mereka yang telah lengkap menerima suntikan vaksin. Pengecualian vaksin hanya kepada mereka yang mempunyai perakuan bertulis dari Pejabat Kesihatan Daerah.
Katanya jemaah yang hadir ke masjid dan surau hendaklah menunjukkan bukti sijil digital vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi kepada petugas masjid dan surau.
"Aktiviti memasak dan jamuan dalam kawasan masjid dan surau adalah tidak dibenarkan. Juadah hendaklah dibungkus untuk dibawa pulang.
"JAINJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor hendaklah membuat pemantauan SOP masjid dan surau. Mana-mana masjid dan surau yang didapati melanggar SOP hendaklah ditutup," maklum kenyataan itu.
Siti Nur Aqilla Omar
Thu Nov 04 2021
Selain itu akad nikah juga dibenarkan dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Pejabat Kadi Daerah, dewan dan balai raya. - Gambar hiasan
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
Kedah tiada hasrat dedah nama pasangan berkahwin di Thailand
Kerajaan negeri sebaliknya akan terus menasihati pasangan terbabit agar segera mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama.
300 pasangan Malaysia nikah di Selatan Thailand setiap bulan
60 peratus perkahwinan itu melibatkan berpoligami dan selebihnya kerana tidak mendapat izin keluarga.
Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
'Pi mai pi mai tang tu', Sabri Yunus, Angeline Tan kini suami, isteri
Pelakon yang popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini bergelar suami isteri.
Sandiaga Uno hadir pernikahan anak di New York
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno dilaporkan menikah anak perempuannya, Anneesha Atheera Uno dengan pasangannya, Panji Bahas Dwiprakoso di Masjid Al Hikmah New York.
Najwa Latif selamat bernikah, pilih pasangan duet sebagai suami
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik serta disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.
Rakyat Malaysia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan
Pendaftaran perlu dilakukan bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang.
Nurul Izzah selamat diijab kabul, pilih Yin Shao Loong jadi teman hidup
Nurul Izzah dan suaminya memaklumkan pernikahan mereka berwalikan ayahanda pengantin perempuan.
Perlis tidak kenakan denda terhadap pasangan nikah di Thailand
Perlu dapatkan sijil pengesahan perkahwinan daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand terlebih dahulu.
Graduan nikah, konvokesyen hari sama
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin itu pada awalnya dijadualkan bernikah Mei ini.