AMMAN: Tentera udara Jordan memintas dan menembak jatuh berpuluh-puluh dron Iran yang melanggar ruang udaranya dan sedang menuju ke Israel.
Perkara itu disahkan dua sumber keselamatan serantau dalam laporan Reuters.
Mereka berkata, tentera juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sistem radar memantau sebarang aktiviti dron yang datang dari arah Iraq dan Syria.
Penduduk di beberapa bandar di bahagian utara negara itu berhampiran Syria dan kawasan tengah dan selatan mendengar aktiviti udara yang berat.
Di kawasan kejiranan di selatan ibu negara Amman, 60 kilometer dari Baitulmaqdis, beberapa dron yang ditembak jatuh juga kelihatan.
Penduduk berkumpul di sekitar saki-baki satu dron besar yang disyaki jatuh di kawasan komersial pinggir bandar Marj al Hamam.
Sumber keselamatan sebelum ini berkata, tentera udara negara itu sedang mempergiatkan penerbangan peninjauan.
Jordan sebelum ini berkata ia menutup ruang udara bermula pada malam Sabtu kepada semua pesawat yang masuk, berlepas dan transit sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya serangan Iran merentasi sempadannya.
Jordan berjiran dengan Syria dan Iraq, kedua-dua negara di mana pasukan proksi Iran beroperasi dan juga bersebelahan dengan Israel dan Tebing Barat yang diduduki Israel.
Astro Awani
Sun Apr 14 2024
Objek dipercayai dron dari Iran dilihat di langit Amman menuju ke Israel. - Foto REUTERS
Zon aliran bebas Wang Kelian sedia dibuka semula
Kerajaan Persekutuan menzahirkan kesediaan dalam membuka semula zon aliran bebas sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian, Perlis yang sebelum ini ditutup sejak tahun 2015.
Pelancong China, India dipantau melalui data biometrik
Kerajaan sentiasa memantau keberadaan pelancong China dan India yang memasuki Malaysia melalui Pelan Liberalisasi Visa (PLV) dengan menggunakan data biometrik yang diperoleh ketika memasuki negara ini.
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Dua gerai pasar malam di Nilai ditimpa pokok tumbang
Sebatang pokok tumbang dan menimpa dua khemah peniaga di tapak pasar malam Taman Semarak susulan hujan lebat petang tadi.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas Israel.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
Jordan pintas dron Iran ke Israel
Tentera juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sistem radar memantau sebarang aktiviti dron yang datang dari arah Iraq dan Syria.
Jordan desak pembukaan semua lintasan, hentikan kebuluran di Gaza
Jordan mendesak pembukaan semua lintasan darat ke Semenanjung Gaza selain mahu kebuluran di wilayah yang telah diserang tanpa henti oleh Israel dihentikan.
Raja Abdullah sertai pasukan agih bantuan dari pesawat udara di Gaza
Raja Abdullah dari Jordan menyertai misi kemanusiaan menjatuhkan makanan daripada sebuah pesawat tentera udara Jordan di Gaza pada Selasa.
Jordan berdepan tekanan ekonomi jika UNRWA tidak berfungsi
Ekonomi Jordan bakal menghadapi tempoh yang lebih sukar dan mencabar jika beberapa negara penderma terus menggantung pembiayaan UNRWA.
Piala Asia: Afif lakar hatrik penalti bantu Qatar pertahan kejuaraan
Tuan rumah Qatar mempertahankan gelaran juara Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 pada perlawanan akhir penuh kontroversi.
Piala Asia: Kalau Qatar ada 'Salah', Jordan ada 'Messi'
Mousa Al Tamari selangkah sahaja lagi untuk mencipta sejarah tersendiri bagi negara kelahirannya Jordan muncul juara pertama kali bagi Piala Asia.
Bukan calang-calang lawan, Jordan tak pandang mudah pertemuan dengan Qatar
Ketua jurulatih Jordan Hussein Ammouta meramalkan pasukan itu bakal berdepan tugas berat menentang juara bertahan Qatar di Stadium Lusail malam esok.